Digital Clock with Islamic Ornament

Tuesday, February 19, 2013

Penggunaan Enjin Pencari Bahan Bahasa Melayu



1.1 Menggunakan web, video, audio, dan imej
1.1.1 Menggunakan laman web.

Terdapat beberapa pembekal maklumat yang terdapat di internet seperti Yahoo, Google, MSN dan lain-lain. Yang selalu digunakan ialah Yahoo dan Google. Kesemua pembekal maklumat internet memberikan perkhidmatan yang hampir sama iaitu bahan yang berelemenkan audio, video, teks, dan grafik.

Untuk melayari internet dengan menggunakan pelayar tertentu, pengguna perlu menaipkan alamat internet. Selalunya, apabila pengguna mengklik ikon internet, maka pengguna akan dibawa terus ke halaman yang telah disetkan secara semula jadi. Contoh alamat pembekal maklumat internet:

www.yahoo.com
www.yahoo.co.uk
www.yahoo.com.my
www.google.com

Untuk mendapatkan bahan, taipkan nama bahan yang berkenaan di dalam kotak pencari dan kemudian klik pada Web search. Untuk mendapatkan bahan video, klik pada perkataan video dan kemudian klik di dalam kotak pencari bahan yang hendak diperolehi daripada internet. Bahan video boleh juga didapati daripada Youtube dengan menaipkan
www.youtube.com . Lihat contoh di bawah.
Taipkan video yang hendak digunakan di dalam kotak pencari. Setelah mendapatkan video yang diperlukan, anda perlu memuat turun video tersebut dengan menggunakan youtube downloader. Youtube down loader ini boleh dimuat turun secara percuma daripada internet. Setelah dimuat turun, gunakan youtube downloader ini untuk memuat turun bahan yang diperlukan

Kesemua bahan yang dimuat turun daripada internet, hendaklah disaring terlebih dahulu sebelum digunakan di dalam pengajaran Bahasa Melayu di bilik darjah. Guru perlu mengambil kira faktor agama, kepercayaan, adat resam, dan sensitiviti kaum sebelum menggunaan bahan yang diperoleh daripada internet.
Gunakan kotak pencari Yahoo! untuk mendapatkan bahan bunyi, teks, dan grafik. Simpan semua bahan berkenaan di dalam folder tajuk 1. Di dalam folder tajuk 1, buat folder audio, video, grafik, dan teks dan masukkan bahan yang berkenaan ke dalam folder yang berkaitan.
1.2 Menggunakan kata kunci, frasa yang sesuai untuk mendapatkan bahan pengajaran bahasa Melayu.
Untuk mendapatkan bahan daripada internet, anda harus menaipkan perkara yang hendak diperolehi ke dalam kotak pencari. Sila lihat contoh di bawah.

Setelah menaipkan perkara yang hendak diperolehi, sila klik Web search dan anda akan diberikan pilihan seperti yang berikut:
i. Anda akan diberikan pilihan yang di dalamnya mengandungi perkataan “resepi” + “masakan”. Ini menjadikan pilihan anda menjadi terlalu banyak.
ii. Anda boleh mengurangkan pilihan anda dengan menggunakan tanda “ “ seperti “resepi masakan”. Dengan berbuat begini, anda akan mengurangkan penyenaraian anda. 
iii. Setelah anda menemui apa yang diperlukan, anda perlu menyesuaikan isi kandungan yang berkenaan dengan hasil pembelajaran yang hendak dikuasai dalam sesuatu pengajaran. 

Pastikan anda sentiasa merujuk kepada sukatan pelajaran Bahasa Melayu untuk memastikan anda tidak terpesong daripada hasil pembelajaran yang telah dirancangkan melalui Rancangan Tahunan dan Rancangan Pengajaran Seminggu. Sila gunakan perkataan dan frasa yang tepat untuk mendapatkan bahan seperti yang anda perlukan.

1.3 Menyimpan bahan dalam bentuk fail internet dan katalog internet.
Bahan yang diperolehi daripada internet boleh disimpan dalam bentuk Alamat Internet dan katalog Internet. Sila lihat prosedur di bawah.

1.3.1 Alamat Internet

Untuk menympan bahan dengan menggunakan alamat internet, anda perlu mendapatkan halaman yang berkenaan terlebih dahulu. Lihat gambar rajah yang berikutnya.
Apabila telah menemui halaman yang berkaitan, sila klik kanan pada bahagian alamat tapak. Setelah diklik kanan, paparan arahan yang keluar dan sila klik copy.
Buka fail Word dan klik paste alamat tersebut ke atas fail yang berkenaan. Apabila ini dilakukan, alamat yang berkenaan akan dipindahkan ke dalam fail Word. 

1.3 Menyimpan bahan dalam bentuk fail internet dan katalog internet.
Bahan yang diperolehi daripada internet boleh disimpan dalam bentuk Alamat Internet dan katalog Internet. Sila lihat prosedur di bawah.

1.3.1 Alamat Internet
Untuk menympan bahan dengan menggunakan alamat internet, anda perlu mendapatkan halaman yang berkenaan terlebih dahulu. Lihat gambar rajah yang berikutnya.
Apabila telah menemui halaman yang berkaitan, sila klik kanan pada bahagian alamat tapak. Setelah diklik kanan, paparan arahan yang keluar dan sila klik copy
Buka fail Word dan klik paste alamat tersebut ke atas fail yang berkenaan. Apabila ini dilakukan, alamat yang berkenaan akan dipindahkan ke dalam fail Word.
Setelah itu, masukkan tajuk laman tadi. Sila buat berulang-ulang kali sehingga anda mahir melakukannya. Sebagai contoh, yang berikut diberikan beberapa contoh alamat internet yang telah diberikan.

Alamat Internet.

Menambah Nilai Buku
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0114&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_08.htm

Memperkasa Pantun Melayu
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0114&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_09.htm

Bergaya Dengan Teknologi Nano
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0113&pub=Utusan_Malaysia&sec=Megabait&pg=me_01.htm

Penglihatan Dan Keselamatan Jalan Raya
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0113&pub=Utusan_Malaysia&sec=Kesihatan&pg=kn_04.htm

Pantun Melayu
http://www.pnm.my/sirihpinang/sp-pantun-m.htm

1.3.2 Katalog Alamat Internet.
Katalog alamat internet mempunyai perbezaan daripada alamat internet kerana katalog alamat internet, mempunyai tajuk, alamat laman, dan sinopsis. Dengan menggunakan katalog alamat internet, anda dapat mengetahui isi kandungan laman berkenaan daripada sinopsis yang disertakan.
 

 Sila sediakan kotak seperti yang di bawah ini:
Tajuk

URL

Sinopsis


Untuk mendapatkan alamat laman, sila ikut prosedur yang telah dinyatakan di atas dan pindahkan ke dalam kotak seperti yang ditunjukkan di dalam contoh di bawah. Masukkkan tajuk, alamat laman, dan sinopsis. Sila lihat contoh yang berikutnya.

Katalog Alamat Internet
Tajuk
Peribahasa Melayu
URL
Sinopsis
Laman sesawang yang di keluarkan oleh Dewan Bahasa Dan Pustaka ini mengenai peribahasa Melayu yang di gunakan dalam sukatan pelajaran bagi sekolah menengah di Malaysia. Laman sesawang ini menyenaraikan semua peribahasa

Tajuk
Seni Tenun Melayu
URL
Sinopsis
Laman sesawang mengenai seni tenun Melayu yang terdapat di nusantara.

Tajuk
Tatabahasa Kata Nama
URL
Sinopsis
Laman sesawang mengenai kata nama dan menunjukkan jenis kata nama dan contoh penggunaan kata nama.

  

Monday, February 18, 2013

Tatacara penggunaan kata adjektif berkaitan perasaan

Perkataan sayang tergolong ke dalam sejumlah kata adjektif yang membawa konsep perasaan. Contoh lain, antaranya malu, marah, benci, berani, kasih, ragu, takut dan lain-lain lagi. 

Dalam bahasa Melayu, jika kata adjektif hendak diluaskan struktur unsurnya (konstituen) dengan menambahkan kata nama selepasnya, maka lazimnya, kata adjektif itu diikuti oleh kata sendi nama seperti 'akan', 'pada', 'kepada' dan seumpamanya. 

Perhatikan ayat-ayat contoh berikut ini:

1. (a) Penduduk di kampung itu sangat benci dengan perangai buruk pemuda itu.
    (b) Penduduk di kampung itu sangat benci akan perangai buruk pemuda itu.


2. (a) Anak muda kini suka akan hiburan bercorak muzik.
    (b) Anak muda kini suka pada hiburan bercorak muzik.

3. (a) Adik bongsu Kuswadi takut akan hantu.
    (b) Adik bongsu Kuswadi takut pada hantu.  

4. (a) Megawati amat sayang terhadap anak dan menantunya.
    (b) Megawati amat sayang akan anak dan menantunya.
    (c) Megawati amat sayang kepada anak dan menantunya.

Kata-kata adjektif dalam ayat (1) hingga (4) diikuti oleh kata sendi 'dengan', 'akan', 'pada' 'kepada' dan 'terhadap'. 

Ayat-ayat tersebut salah jikalau ayat-ayat itu tidak mengandungi kata sendi nama selepas kata adjektif kerana kata-kata adjektif itu merupakan kata adjektif yang memerlukan kata sendi nama selepasnya. 

Oleh yang demikian, salahlah jikalau ayat-ayat di atas ditulis begini:

1. (c) *Penduduk di kampung itu sangat bencikan perangai buruk pemuda itu..
2. (c) *Anak muda kini sukakan hiburan bercorak muzik.
3. (c) *Adik bongsu Kuswadi takutkan hantu.
4. (c) * Megawati amat sayangkan anak dan menantunya.

Lain pula halnya jikalau kata-kata adjektif itu dijadikan kata kerja dengan menambahkan imbuhan yang sesuai. 

Misalnya, sayang dijadikan menyayangi, benci menjadi membenci, suka menjadi menyukai dan menyukakan, kata adjektif takut menjadi menakuti dan menakutkan, dan kata adjektif rindu menjadi merindu, dan merindukan.

Bagi kata adjektif rindu, kadang-kadang orang tersilap dalam penggunaan bentuk rindu akan, merindu dan merindukan. 

Frasa rindu akan ialah frasa adjektif (kata adjektif + kata sendi), manakala merindu dan merindukan ialah kata kerja transitif. Daripada ketiga-tiga bentuk kata tersebut dapat dibinakan ayat-ayat seperti yang berikut:

5. Latifah rindu akan kekasihnya.
6. Sejak pemergian kekasihnya di perbatasan, sejak itulah dia merindu.
7. Rosnita merindukan kampung halamannya.

Frasa sendi rindu akan tidak boleh menjadi *rindukan seperti dalam ayat:
(9) *Pungguk rindukan bulan. 

Ayat ini salah kerana kata adjektif rindu tidak dapat menerima akhiran -kan (semua kata adjektif tidak boleh menerima akhiran -kan dalam bahasa Melayu melainkan jika hendak mengubah kelas katanya). Sebaliknya kata adjektif rindu itu perlu menerima kata sendi 'akan'.
Jikalau akhiran -kan hendak digunakan, maka perlulah kata adjektif rindu diubah menjadi kata kerja merindukan. Jadi ayat (9) itu betul jika kata rindukan menjadi merindukan seperti dalam ayat (10) Pungguk merindukan bulan.

Harus diingat juga, apabila kata adjektif disertai akhiran -kan, maka kata yang tadinya daripada golongan kata adjektif itu berubah kelasnya menjadi kata kerja pasif, dan hal ini akan melibatkan berlakunya hukum tentang bentuk ayat pasif pula. 

Misalnya, kata adjektif takut ditiadakan maka terbentuklah perkataan takutkan. Perkataan takutkan bukan kata kerja transitif, tetapi kata kerja pasif. 

Dengan kata kerja transitif menakutkan kita dapat membentuk ayat aktif transitif seperti:
(11) Saya menakutkan kanak-kanak itu.
dengan maksud 'menyebabkan' atau 'menjadikan' kanak-kanak itu takut.

Daripada ayat-ayat aktif ini sebagai ayat dasar, kita dapat membentuk ayat pasif songsang seperti yang berikut:
(11a) Saya takutkan kanak-kanak itu. 

Ayat (11a) ini berbeza dari segi semantik dengan ayat (12) di bawah
(12) Saya takut akan kanak-kanak itu. 

Makna ayat (11a) ialah bahawa 'kanak-kanak itu takut', sementara makna ayat (12) ialah bahawa 'saya dan bukan kanak-kanak itu yang takut'.

Perhatikan perbezaan ketiga-tiga ayat berikut ini:
(13) Saya gemarkan buah-buahan tempatan.
(13a) Saya gemar akan buah-buahan tempatan.
(13b) Saya menggemari buah-buahan tempatan.

Ayat (13) *Saya gemarkan buah-buahan tempatan, berbeza maknanya dengan ayat (13a) Saya gemar akan buah-buahan tempatan, atau (13c) Saya menggemari buah-buahan tempatan. Ayat (13) bermakna buah-buahan menjadi gemar oleh perbuatan saya, tetapi bukanlah saya gemar akan (menggemari) buah-buahan tempatan.

Demikianlah beberapa tatacara penggunaan kata adjektif bahasa Melayu yang betul. Penggunaan tatacara yang betul ini dapat membantu pengguna bahasa Melayu berbahasa persis.

Kedudukan Agama Islam di Malaysia



Kedudukan Islam Kukuh Dalam Perlembagaan Persekutuan

Published by AIDC 

Isu kedudukan Islam dan sifat sekular negara masih dibawa ke hadapan. Sesekali terfikir, apa sebenarnya tujuan pihak yang mahu meletakkan sifat sekular kepada negara? Saya tidak nampak jawapan lain, kecuali mahu menolak kedudukan dan peranan Islam pada negara ini.
Peruntukan Perlembagaan Persekutuan dengan jelas meletakkan Islam sebagai agama negara. Adalah amat tidak adil kepada Islam sekiranya ada pihak tertentu cuba melahirkan keraguan mengenai kedudukannya. Adalah amat tidak adil kepada Islam sekiranya ada pihak tertentu cuba melahirkan keraguan mengenai kedudukannya.
Sudah sekian lama masyarakat Tanah Melayu dan seterusnya Malaysia, berpegang kepada kedudukan Islam sebagai agama negara. Pegangan ini bukan sesuatu yang datang bergolek. Bukan juga turun dari langit. Bukan berlaku sewenang-wenang atau hanya omong kosong.
Pegangan ini diasaskan kepada prinsip tertanam jauh ke dalam tanah dan air bumi Malaysia ini. Ia sudah dibuktikan sejarah. Sudah terang juga Islam ditatahkan dalam dokumen undang-undang dan jelas terpahat dalam pelbagai amalan.

Kedatangan kuasa asing yang memperkenalkan undang-undang sekular tidak sedikit pun menghapuskan pegangan terhadap kedudukan Islam.

Oleh itu sebarang idea yang bercanggah dengan pegangan masyarakat umum tidak boleh dibiarkan melata. Ia idea yang salah; jelas bercanggah dengan pegangan umum yang disokong dengan pelbagai bukti. Sekiranya dibiarkan ia boleh membahayakan negara.


Islam agama bagi Persekutuan

Jelas dalam Perkara 3(1), Islam adalah agama bagi Persekutuan. Tiada sebarang sekatan atau syarat yang dikenakan ke atas Islam untuk menjadi agama negara. Sebaliknya, amalan agama lain itu diikat dengan formula aman dan damai. Menerusi Perkara 3(1) kita dapat lihat kedudukan itu secara tersurat dan bukannya difahami secara tersirat.

Kedudukan istimewa Islam dimaktubkan dalam Perlembagaan bukan dalam Perkara 3 saja. Kita juga dapat melihat peruntukan yang jelas mengenai kedudukan Islam dalam perkara 12(2) dan juga sumpah jawatan Yang di-Pertuan Agong.

Perkara 12(2) dengan jelas dan terperinci, menyebut mengenai keistimewaan yang diberikan kepada institusi pendidikan Islam, yang mana, fasal berkenaan dengan jelas menyebut: “Adalah sah bagi Persekutuan atau sesuatu Negeri menubuhkan atau menyenggarakan atau membantu dalam menubuhkan atau menyenggarakan institusi Islam atau mengadakan atau membantu dalam mengadakan ajaran dalam agama Islam dan melakukan apa-apa perbelanjaan seperti yang perlu bagi maksud itu”.

Sumpah jawatan Yang di-Pertuan Agong dalam Jadual Keempat Perlembagaan Persekutuan yang menggunakan lafaz wallahi, wabillahi, watallahi meletakkan tanggungjawab ke atas baginda untuk “… mengaku dengan sesungguh dan dengan sebenarnya memeliharakan pada setiap masa agama Islam”. Lafaz sumpah yang disebut itu sangat tinggi maksudnya dalam agama Islam.

Jika dilihat kepada pengisian Perlembagaan ini, di manakah mahu ditempatkan pendapat mengenai sifat sekular negara ini? Kalaulah dirujuk kepada keputusan Ketua Hakim (pada masa itu dikenali sebagai Lord President) Salleh Abas dalam kes Che Omar Che Soh, kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan adalah jelas.


Tak iktiraf sifat sekular
Apa dinyatakan dalam penghakiman itu ialah, undang-undang sekular yang wujud sebelum penubuhan Perlembagaan masih beroperasi dan masih menjadi undang-undang yang sah untuk diamalkan di negara ini. Tidak ada pernyataan dibuat dalam penghakiman berkenaan yang memberi atau mengiktiraf sifat sekular negara ini. Dalam ayat penghakimannya, disebut: “far from making such provision, Article 162, on the other hand, purposely preserves the continuity of secular law prior to the Constitution…”

Maksud saya di sini, mahkamah mengiktiraf kewujudan undang-undang sekular di negara ini. Kewujudan undang-undang sekular ini tidak menafikan Islam sebagai agama bagi negara ini, walaupun sudah memberi calitan negatif kepada kedudukan Islam sebagai agama bagi negara. Dalam kata lain, walaupun wujudnya undang-undang sekular, selagi Islam itu adalah agama negara, ini tidak menjadikan negara ini negara sekular – baik sekular jenis liberal atau sekular rigid. Sekularisme tidak pernah mendapat tempat di negara ini.

Jika benar kita menjunjung prinsip ketinggian Perlembagaan, sifat agama negara ini tidak harus dijadikan persoalan atau diragui lagi. Perlembagaan itu sendiri yang meletakkan Islam sebagai agama negara. Frasa Perlembagaan begitu jelas dan terperinci sekali.

Penulis ialah Profesor Madya Kulliyyah Undang-Undang Ahmad Ibrahim UIAM

Thursday, January 31, 2013

BMM 3101 Mengaplikasikan Kemahiran Bernilai Tambah Dalam Langkah Pengajaran Bahasa Melayu


Pendahuluan

Pada tahun 2000 Kementerian Pelajaran Malaysia telah membuat semakan kurikulum kerana struktur dan kandungan kurikulum sedia ada tidak memenuhi keperluan sejagat, sebagaimana yang disarankan oleh UNESCO dalam “The Treasure Within” Report to UNESCO of the International Commisioan on Education for the Twenty-first Century Learning” ( 1995 ). Laporan ini menyatakan konsep pembelajaran seumur hidup adalah syarat untuk memenuhi cabaran abad ke-21.

Oleh itu, Kementerian Pelajaran Malaysia telah mengambil inisiatif dengan mewujudkan kemahiran bernilai tambah (KBT ) dalam kurikulum sekolah rendah dan menengah untuk mencapai hasrat Kementerian Pelajaran supaya kurikulum ini mampu memenuhi aspirasi negara. Kemahiran bernilai tambah terdiri daripada kemahiran berfikir, kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi, kajian masa depan, kemahiran belajar cara belajar,kecergasan pelbagai, pembelajaran konstruktivisme, dan pembelajarn kontekstual.

Kemahiran bernilai tambah mengutamakan pengalaman yang diperolehi oleh  murid di bilik darjah lalu mengunakan kemahiran yang diperolehi dalam situasi kehidupan murid serta dapat mengaplikasikannya dalam dunia sebenar.

KEMAHIRAN BERNILAI TAMBAH DALAM PENGAJARAN BAHASA MELAYU
Kemahiran bernilai tambah dalam pengajaran Bahasa Melayu bertujuan memantapkan kebolehan berbahasa dan meningkatkan perkembangan dan kebolehan pelajar dari segi kognitif, afektif, emotif dan psikomotor pelajar. 

Sehubungan dengan itu, penyerapan kemahiran bernilai tambah mengambil kira aspek  kesesuaian objektif dan hasil pembelajaran. Selain daripada itu,  bahan dan teknik untuk pengajaran kemahiran bernilai tambah perlu diambil kira supaya proses pengajaran difahami oleh murid. Guru juga perlu merancang peruntukan masa serta menyusun langkah  pengajaran untuk menyerapkan jenis kemahiran bernilai tambah supaya mencapai hasil pembelajaran.Dalam kemahiran bernilai tambah juga mengambil kira aspek penilaian secara formatif.

Sebelum memulakan proses pengajaran dan pembelajaran guru perlu menentukan objektif pengajaran dan pembelajaran, serta memikirkan jenis kemahiran bernilai tambah yang boleh diserapkan dan dihubungkaitkan dengan objektif . Selain itu,guru harus menentukan kemahiran bahasa yang dijadikan fokus, sama ada kemahiran mendengar dan bertutur, membaca atau menulis supaya aktiviti dan langkah pengajaran yang dirancang dapat dilaksanakan serta  mencapai hasil pembelajaran. Langkah yang terancang untuk pengembangan kemahiran bernilai tambah perlu agar kemahiran ini dapat diserapkan kepada murid dengan berkesan.

Sebagai contoh, guru menetapkan objektif pelajaran berdasarkan hasil pembelajaran di Tahun 3. Dalam hasil pembelajaran ini fokus bahasa yang dipilih ialah kemahiran mendengar dan bertutur . Manakala objektif yang ingin dicapai ialah murid boleh berbual tentang sesuatu perkara berkaitan kehidupan seharian dengan menggunakan kata, ungkapan, ayat, sebutan, intonasi dan nada yang sesuai serta murid boleh menggunakan kata panggilan yang sesuai mengikut situasi dalam perbualan.

Dalam objektif di atas beberapa aktiviti jenis kemahiran bernilai tambah boleh dihubungkaitkan dengan hasil pembelajaran . Di antaranya aktiviti mendengar
rakaman dialog yang mengandungi kata panggilan formal, diikuti  dengan latihan secara berpasangan, seterusnya murid boleh melakonkan semula kata bual yang didengar menggunakan kata panggilan yang betul dan secara tidak langsung dapat melatih kemahiran mendengar dan bertutur kepada murid. 

Selain daripada itu, aktiviti mendengar secara intensif dan latih tubi dalam bentuk soal jawab tentang bahan yang didengar dapat  menyerapkan kemahiran mendengar sebagai suatu aspek kemahiran belajar.

Melalui teknik lakonan seperti berjumpa kawan lama dan keluarganya, murid boleh berlatih bertutur dan mendengar dengan menggunakan kata panggilan yang sesuai dalam situasi tertentu . Oleh itu, murid dapat mengasah kecerdasan interpersonal yang merupakan  suatu kemahiran  yang penting untuk perkembangan diri individu.

Selain daripada itu, latihan membuat rumusan tentang penggunaan kata
panggilan bagi situasi formal dan tidak formal berdasarkan bahan yang didengar atau dibaca merupakan pengabungjalinan kemahiran membaca dan menulis .
Aktiviti ini untuk menguji pengetahuan sedia ada murid. Oleh itu, murid boleh  meningkatkan kemahiran membuat kesimpulan atau rumusan yang merupakan kemahiran bernilai tambah yang merujuk kepada kemahiran berfikir.

Pelbagai teknik lain yang lebih kreatif dalam pengajaran yang boleh diserapkan dengan menggunakan kemahiran bernilai tambah yang sesuai seperti kemahiran kontekstual. Walau bagaimanapun, kemahiran bernilai tambah perlu diolah secara terancang dalam langkah pengajaran supaya mencapai objektif pengajaran. Hasil pembelajaran yang menjadi fokus pengajaran harus disisipkan kemahiran bernilai tambah melalui proses yang berterusan, berulang-ulang dan kreatif supaya murid dapat menggunakannya dalam kehidupan seharian. 

Penyerapan kemahiran bernilai tambah dalam pengajaran dapat menjadikan ilmu yang dipelajari oleh murid dalam kelas lebih bermakna dan releven dengan tuntutan kehidupan mereka pada masa hadapan.

Contoh pengajaran lain yang boleh dihubungkaitkan dengan kemahiran bernilai tambah ialah objektif yang memerlukan murid mengemukakan tiga inferens kesan pemakanan tidak seimbang ia merujuk kepada kemahiran masa depan. 

Manakala objektif mencatat lima maklumat penting berdasarkan maklumat yang didengar merujuk kepada kemahiran mencatat nota yang terdapat dalam kemahiran belajar cara belajar.

Selain daripada itu, jika murid menggunakan komputer untuk membuat peta minda bermakna murid tersebut telah memperolehi kemahiran bernilai tambah yang merujuk kepada  kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi.

Proses pengajaran yang menyerapkan kemahiran bernilai tambah memerlukan perancangan masa yang sesuai kerana ia selalunya bertindan dengan kemahiran yang lain seperti kemahiran berfikir dan kemahiran belajar cara belajar terutamanya untuk mata pelajaran Bahasa Melayu. 

Contohnya, mengaplikasikan kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi memerlukan masa yang panjang untuk dipelajari oleh murid. Oleh itu, jumlah masa yang diperuntukkan lebih panjang berbanding dengan kemahiran yang tidak menjurus kepada kemahiran bernilai tambah.

Selain daripada itu, penyerapan kemahiran bernilai tambah dalam pengajaran memerlukan satu atau dua aktiviti . Contohnya melatih murid membaca secara imbasan indeks, menukarkan maklumat teks kepada bentuk grafik atau mengajar cara membuat generalisasi. Hal yang demikian, menuntut guru merancang masa, pengurusan kelas dan bahan yang lebih efisien supaya pengajaran dapat dilaksanakan dengan berkesan.

Untuk melihat tahap penguasaan murid dalam kemahiran bernilai tambah, guru merujuk kepada hasil pembelajaran yang menjadi objektif dan fokus pengajaran
melalui penilaian formatif yang dijalankan melalui aktiviti penyerapan kemahiran bernilai tambah. Contohnya, apabila seorang murid diminta melakonkan semula rakaman yang diperdengarkan. Penilaian bukan sahaja dibuat dari segi bahasa tetapi merujuk kepada ketepatan memilih kata dan kelancaran sebutan. Malah guru boleh meletakkan ukuran kreativiti dan penghayatan untuk menilai tahap kecerdasan kinestatik. Di sini jelas menunjukkan bahawa kemahiran bernilai tambah diintegrasikan dengan isi pelajaran teras iaitu hasil pembelajaran  secara terancang pada waktu pengajaran. Bagi melaksanakan pengajaran demikian, guru harus bijak memilih dan menggunakan teknik pengajaran yang sesuai supaya kemahiran bahasa dan kemahiran bernilai tambah dapat dikuasai oleh murid. 

Kesimpulan
Oleh itu, kemahiran bernilai tambah yang diintegrasikan secara penyerapan dalam Kurikulum Bahasa Melayu yang mengabungjalinkan hasil pembelajaran dengan kemahiran bahasa, tatabahasa dan kosa kata menjadi prinsip asas dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu. Kemahiran bernilai tambah merupakan asas yang penting untuk melahirkan murid yang bersedia untuk menghadapi kehidupan di dunia yang sebenar. Wajarlah, kemahiran ini  diserapkan dalam pengajaran khasnya mata pelajaran Bahasa Melayu supaya murid dapat memahami dan menggunakannya di masa depan.

Sunday, January 27, 2013

KEDUDUKAN UNDANG-UNDANG ISLAM DALAM PERLEMBAGAAN MAlAYSIA

Oleh:  Nik Ahmad Kamal Nik Mahmood
 

LATAR BELAKANG SEJARAH

Raja dan rakyat negerl Melaka mula memeluk agama Islam pada awal abad ke-15 Masihi. Bukti-bukti sejarah seperti penerapan idea-idea Islam dalam kehidupan mereka, agama Islam yang sangat dikenali rapat di kalangan masyarakat Melayu di Melaka serta orang bukan Islam yang memeluk agama Islam dianggap masuk Melayu', jelas menunjukkan bahawa Islam telah bertapak kukuh sejak awal-awal lagi di Tanah Melayu. 

Tun Salleh Abas (sila lihat :Tun Salleh Abas 1986. "Traditional Elements of the Malaysian Constituiion dlm Mohamed Sufflan, H.P. Lee &Trindade (ed.) 1978. The Constitution of Malaysia, Its Development 1957- 1977. Kuala Lumpur: Oxford University Press) telah menyebut bahawa Islam telah rnenjadi agama orang-orang Melayu sejak 500 tahun dahulu. 

Pada awalnya Islam dibawa oleh pedagang-pedagang Arab ke India dan dan India Islam telah disebarkan ke Tanah Melayu pada abad ke-15. Sejak dan itu orang-orang Melayu telah diislamkan. Orang-orang Melayu telah berjuang dalam banyak peperangan menentang kuasa-kuasa penjajah, Portugis dan Belanda deini melindungi tanah air mereka di samping mempertahankan agama Islam. Manakala kuasa-kuasa penjajah tersebut selain ingin mengukuhkan kedudukan perdagangan mereka, cita-cita utama mereka ialah untuk menyebarkan agama Kristian di kalangan orang-orang Melayu. 


Perjanjian Pangkor dalam tahun 1874 merupakan titik tolak peluasan pengaruh Inggeris di Tanah Melayu. Perjanjian antara Inggeris dengan peinimpin-peinimpin Melayu menghendaki peinimpin Melayu menerima seorang penasihat Inggeris di negeri Perak. Nasihat beliau perlu diininta dan diikuti dalam semua hal pentadbiran kecua]i perkara-perkara yang menyentuh agama dan adat resam orang-orang Melayu. 

Perjanjian yang serupa juga telah ditandatangani oleh peinimpin-peinimpin Melayu di Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang. Kesannya, pada akhir abad kesembilan belas kesemua negeri-negeri di Tanah Melayu telah menerima penasihat Inggeris ini. 

Perlembagaan bertulis yang pertama di Tanah Melayu, Perlembagaan Johor tahun 1895, telah menampakkan ciri-ciri keislaman. Satu peruntukan dalam perlembagaan tersebut menyebut bahawa pemerintah hendaklah seorang yang berbangsa Melayu, berketurunan diraja Johor dan beragama Islam. Perkara LVII perlembagaan itu menyebut bahawa agama Islam hendaklah sentiasa dan sepanjang masa menjadi agama negeri Johor. 

Perlembagaan negeri Terengganu tahun 1911 juga bercirikan agama Islam. Satu daripada peruntukannya menghendaki bahawa raja negeri Terengganu seorang beragama Islam, berbangsa Melayu berketurunan diraja Terengganu. Perlembagaan itu juga menyebut bahawa Islam agama negeri dan tiada agama lain yang boleh dijadikan agama rasini negeri Terengganu. 

Salah satu sebab berlaku penentangan terhadap penubuhan Malayan Union 1946 ialah kesan buruk terhadap kedudukan orang-orang Melayu sebagai penduduk asal terutama sekali terhadap raja-raja sebagai ketua agama Islam di setiap negeri. 

Suruhanjaya Reid yang ditubuhkan pada tahun 1956 untuk menyediakan satu draf Perlembagaan Malaya yang merdeka pada awalnya tidak mencadangkan untuk menjadikan Islam sebagai agama Persekutuan. Salah seorang anggotanya dan Pakistan, Hakim Abdul Hainid berpendapat bahawa satu peruntukan sebegitu rupa perlu diadakan. Draf terakhir yang dipersetujui tidak memihak kepada mana-mana pendapat majoriti ataupun ininoriti. Tidak juga disebut bahawa negara ini sebuah negara sekular (sila lihat Ahmad Ibrahim 1987. "Islam and the Constitution . 

Kertas kerja persidangan "The Malaysian Constitution After 30 years . Fakuiti Undang-undang Universiti Malaya). Ini sama seperti apa yang terkandung dalam Perlembagaan Malaysia hari ini iaitu peruntukan Perkara 3 (I) yang menyebut bahawa; 

Agama Islam ialah agama bagi Persekutuan, tetapi agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana bahagian Persekutuan. 


KESAN PERUNTUKAN PERKARA 3

Menurut Profesor Ahmad Ibrahim peruntukan ini antara yang penting dalam perlembagaan Persekutuan. Menurut beliau, telah berlaku banyak salah faham ten tang tafsirannya. Antara salah faham yang paling nyata ialah pendapat yang menyatakan bahawa setiap upacara rasini di Persekutuan mesti diselitkan dengan unsur-unsur amalan agama Islam. Beliau berpendapat bahawa ini tidaklah benar kerana Perkara 3 memberi kebebasan yang meluas untuk penganut-penganut agama lain mengamalkan kepercayaan mereka. Lagipun terdapat banyak amalan agama Islam yang hanya boleh dilakukan oleh orang-orang Islam sahaja seperti sembahyang dan sebagainya. Dan sini tidak timbul isu bahawa orang-orang bukan Islam rnesti melakukan amalan orang-orang Islam. 

Perkara 3 secara nyata memberi jaininan kepada orang-orang bukan Islam untuk mengamalkan kepercayaan mereka secara aman tanpa apa-apa gangguan. Jika perkataan agama' merangkuini bukan sahaja aspek kepercayaan dan amalan keagamaan tetapi termasuk juga undang-undang yang terpakai kepada penganut-penganut agama tersebut maka makna yang sama juga sepatutnya diberi kepada agama Islam'. Islam bukan sahaja satu kepercayaan keagamaan dan upacara agama, tetapi satu cara hidup yang merangkuini semua aspek termasuklah undang-undang.

Melihat daripada perspektif undang-undang perlembagaan dan jika dirujuk secara keseluruhan kepada Perlembagaan Persekutuan Malaysia maka beberapa kesan boleh dilihat daripada peruntukan Perkara 3 tersebut. Antaranya: 

Perkara 160 memberi definisi Melayu' sebagai seorang beragama Islam, lazim bercakap bahasa Melayu dan menurut adat istiadat Melayu. Menurut Tun Salleh Abas Melayu' dan Islam' adalah unsur yang bercantum dan tidak boleh dipisahkan untuk tujuan undang-undang dan Perlembagaan.

Yang di-Pertuan Agong dilantik daripada kalangan raja-raja di negeri-negeri Melayu dan di dalam setiap perlembagaan negeri mengkehendaki rajanya seorang berbangsa Melayu beragama Islam dan dan keturunan diraja. 

Di dalam sumpah memegang jawatan Yang di-Pertuan Agong beliau mengangkat sumpah dengan didahului oleh lafaz, Wallahi, wabillahi, watallahi' yang merupakan lafaz sumpah yang dikehendaki dalam agama Islam, (Perkara 37 dan jadual keempat Perlembagaan Persekutuan). 

Yang di-Pertuan Agong mengikut peruntukan Perkara 3 (3) adalah ketua agama Islam di negeri-negeri Melaka, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak dan juga Wilayah Persekutuan yang tidak mempunyai raja. 

Raja dan Sultan di negeri-negeri yang beraja ialah ketua agama Islam bagi negeri masing-masing. Dalam menjalankan tugas sebagai ketua agama Is1am mereka mempunyai budibicara dan tidak terikat dengan nasihat Majlis Mesyuarat Negeri (EXCO).

Adalah menjadi tanggungjawab Yang di-Pertuan Agong untuk melindungi hak istimewa orang-orang Melayu seperti yang termaktub di dalam Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan. Oleh kerana Melayu' dan Islam' ialah dua entiti yang tidak holeh dipisahkan maka tugas menjaga hak-hak istimewa orang-orang Melayu juga termasuk menjaga dan melindungi agama Islam.

Dengan itu jelas bahawa institusi Yang di-Pertuan Agong itu sendiri mempunyai peranan yang amat penting terhadap agama Islam. Baginda ialah,
Kepala Utama Negara bagi Persekutuan yang mengambii keutamaan mengatasi segala orang dalam Persekutuan ...
(Perkara 32 fasal 1 Perlembagaan) 

Perkara 4 fasal 1 memperuntukkan, Perlembagaan ini adalah undang-undang utama Persekutuan dan apa-apa undang-undang yang diluluskan selepas Hari Merdeka dan yang berlawanan dengan Perlembagaan ini hendaklah terbatal setakat yang berlawanan itu'. 

Walau bagaimanapun peruntukan ini tidak menjadikan mana-mana undang-undang yang sedia wujud (sebelum Merdeka) batal walaupun ia bertentangan dengan perlembagaan. Namun deinikian undang-undang tersebut boleh diubahsuai untuk diselaraskan dengan peruntukan-peruntukan perlembagaan (Perkara 162 fasal (6)). 

Apa yang boleh dipertikaikan ialah sama ada Perlembagaan boleh mengatasi peruntukan-peruntukan di dalam al-Quran dan Sunnah (Beliau berpendapat Perkara 4 merujuk kepada undang-undang bertulis sahaja. Tapi tidak memberi kesan kepada undang-undang Syariah, undang-undang yang tidak bertulis dan yang telah wujud sejak sebelum Merdeka. Lih. Ahmad Ibrahim 1989. "ThePrinciples of an Islainic Constitution and the Constitution of Malaysia: A Comparative Analysis . IIU LawJournal 1:2 him. 1

Perkara 76 menyebut bahawa Parlimen boleh membuat undang-undang tentang perkara-perkara negeri (perkara-perkara perundangan dalam bidang kuasa negeri-negeri sahaja). Namun dalam hal ehwal agama Islam undang-undang hanya boleh dibuat setelah kerajaan-kerajaan negeri yang terlibat dirujuk. 

Perkara 150 membenarkan Parlimen atau Yang di-Pertuan Agong meluluskan apa juga undang-undang untuk keperluan ketika darurat setelah ia diisytiharkan. Undang-undang untuk tujuan ini dibenarkan walaupun ia tidak konsisten dengan mana-mana peruntukan Perlembagaan. Walaupun begitu terdapat satu perlindungan yang penting dalam fasal (6A) iaitu kuasa ini tidak boleh diperluas dengan apa-apa perkara mengenai hukum Syarak atau adat istiadat Melayu.


Sejauh Manakah Islam sebagai Agama Persekutuan Diamalkan dan Dilindungi

Perkara 11 fasal (1) memperuntukkan, Tiap-tiap orang adalah berhak menganuti dan mengamalkan agamanya dan tertakluk kepada fasal (4), mengembangkan agamanya .
Perkara 11 fasal (4) memperuntukkan, "Undang-undang Negeri dan mengenai Wilayah-wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur dan Labuan, undang-undang persekutuan boleh mengawal atau menyekat pengembangan apa-apa iktikad atau kepercayaan agama antara orang-orang yang menganuti agama Islam.

Untuk tujuan ini beberapa buah negeri telah meluluskan enakmen-enakmen untuk mengawal dan menyekat penyebaran agama-agama lain di kalangan orang Islam. Inisalnya negeri Kelantan telah meluluskan enakmen untuk tujuan itu dan berkuatkuasa pada 1 Januari 1987. Kedah, Melaka dan Selangor meluluskan undang-undang yang serupa dalam tahun 1988. 

Undang-undang di negeri Selangor antaranya memperuntukkan bahawa menjadi kesalahan menggalakkan, mempengaruhi atau membangkitkan perasaan seorang Islam untuk menukar agama; menyebabkan seorang kanak-kanak Islam dipengaruhi oleh unsur-unsur bukan agama Islam; mendekati seorang Islam untuk tujuan bersyarah atau menunjukkan beliau apa-apa perkara tentang agama bukan Islam; menghantar apa-apa juga bahan bertulis tentang agama bukan Islam kepada seorang Islam; dan mengedarkan apa-apa jua bahan bertulis tentang agama bukan Islam kepada orang Islam di tempat awam.(sila lihat Non-Islam Religious (control of Propogation among Muslims) Enactment, 1988, Selangor (No. 1 of 1988) lih. seksyen 4, 5, 6, dan 8.

Perkara 13 fasal (2) memperuntukkan;
Tiap-tiap agama adalah berhak menubuhkan dan menyenggara institusi untuk pelajaran kanak-kanak dalam agama kumpulan itu sendiri, dan tidaklah boleh ada perbezaan semata-mata undang-undang berkaitan dengan institusi-institusi itu atau dalam pentadbiran mana-mana undang-undang itu; tetapi adalah sah bagi Persekutuan atau sesuatu negeni menubuhkan atau menyenggara institusi-institusi Islam atau mengadakan atau membantu dalam mengadakan ajaran dalam agama Islam dan melakukan apa-apa perbelanjaan sebagaimana yang diperlukan bagi maksud itu. 

Untuk tujuan ini seksyen-seksyen 36 dan 37 Akta Pendidikan 1961 menghendaki sebarang sekolah yang menerima bantuan kerajaan menyediakan dan mengajar pelajaran pengajian Islam dengan syarat jumlah pelajar-pelajar yang layak mempelajarinya tidak kurang daripada 15 orang. 

Undang-undang Islam pada dasarnya adalah di bawah bidangkuasa Dewan Undangan Negeri. Namun begitu perkara dalam bidangkuasa mereka sangatlah terhad. Antaranya ialah dalam hal ehwal keluarga, nikah, cerai, penjagaan anak, harta sepencarian, harta pusaka, wakaf dan beberapa perkara lain (lihat Senarai II, Jadual kesembilan Perlembagaan Persekutuan). Bidangkuasa jenayah hanyalah merangkuini kesalahan-kesalahan yang dilakukan oleh orang-orang yang menganut agama Islam terhadap rukun-rukun Islam; kecuali tentang perkara-perkara yang termasuk dalam senarai Persekutuan (di mana Parlimen mempunyai bidangkuasa). Apa yang nyata ialah bidangkuasa ini hanya ke atas orang-orang Islam dan tidak termasuk semua aspek perundangan. 


Pandangan Mahkamah terhadap Undang-imdang Islam
Mahkamah di zaman penjajahan Inggeris menerima hakikat bahawa undang-undang Islam ialah undang-undang asal di Tanah Melayu. Inisalnya dalam kes Ramah lwn Laton ((1927)6 FMSLR 128. Mahkamah menyebut undang-undang Mohammedan tetapi perkataan yang tepat ialah undang-undang Islam atau Syariah. Keputusan kes ini telah disokong dan diikuti oleh kes-kes Fatimah lwn Haji lsmail (1939] MU 134 dan Tengku Mariam (1969), MU 110) telah diputuskan bahawa undang-undang Mohammedan bukanlah undang-undang asing tetapi undang-undang tempatan dan mahkamah hendaklah memberi pengiktirafan kehakiman kepada undang-undang Islam. 

Keputusan mahkamah yang terbaru memberi pandangan yang berbeza. Dalam kes Che Omar bin Chee Soh lwn Pendakwaraya ((1988) 2 MU 55 (Mahkamah Agong) dua orang telah merayu bahawa hukuman mati di bawah Akta Dadah Berbahaya kerana mengedar dadah dan di bawah Akta Senjata Api (Hukuman Lebih Berat) kerana meiniliki senjata api adalah batal kerana ia bertentangan dengan undang-undang Islam. Ini kerana kesalahan ini tidak termasuk dalam kategori hudud atau qisas dan oleh itu bertentangan dengan undang-undang Islam dan menyalahi perlembagaan. 

Mahkamah Agong dalam keputusan mereka menerima bahawa Islam di bawah Perkara 3 ialah agama Persekutuan dan bukan sahaja terdiri daripada upacara dan ibadat sahaja' tetapi ia juga satu cara hidup yang sempurna merangkuini semua bidang kegiatan manusia sama ada persendirian, umum, perundangan, politik, sosio-kebudayaan, moral atau kehakiman. Menurut YAH Tun Salleh Abas, ini bukanlah yang dimaksudkan oleh mereka yang merangka perlembagaan. Mereka berpendapat Islam hanyalah merangkuini aspek kehidupan yang sempit iaitu undang-undang mengenai perkahwinan, perceraian dan harta pusaka sahaja. 

Jika niat dan pendapat mereka seperti apa yang kita faham dan inginkan maka sudah tentu satu peruntukkan khas telah dimasukkan di dalam perlembagaan yang memperuntukkan bahawa apa-apa undang-undang yang bertentangan dengan undang-undang Islam, maka undang-undang itu batal. Pihak merayu juga mengatakan bahawa undang-undang Islam telah lama wujud sebelum merdeka dan dengan itu mana-mana undang-undang am di Malaysia mestilah mengikut dan selaras dengan undang-undang Islam. Mahkamah menolak cadangan ini dan menegaskan ia bercanggah dengan perlembagaan dan sejarah perundangan persekutuan dan juga akta undang-undang sivil yang memperuntukkan penerimaan undang-undang Inggeris ke negara ini.

Profesor Ahmad Ibrahim dalam komen beliau tenting kes ini menyebut,
"Apa yang rnenyedihkan ialah Mahkamah Agong nampaknya bersedia menerima hujah bahawa perkataan Islam' yang terdapat dalam Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan hendaklah difahamkan sebagai meliputi hanya perkara-perkara yang berhubung dengan upacara dan istiadat agama sahaja. Telah dikatakan bahawa inilah makna yang dimaksudkan oleh pihak yang merangka perlembagaan itu dan Ia adalah akibat pemerintahan tidak langsung oleh British dalam masa penjajahan dahulu dan wujudnya institusi-institusi sekular. 

Apakah kita masih terikat dengan kedudukan masa penjajah itu sedangkan kita sudah mencapai kemerdekaan? (sila lihat Ahmad Ibrahim 1989. "Undang-undang Islam di Mahkamah Sivil .Kertas kerja yang dibentangkan dalam simposium "Pindaan Perlembagaan Malaysia: Implikasi Undang-undang. Universiti Islam Antarabangsa, Petaling Jaya)

Dalam satu kes yang dianggap kontroversi, Mahkamah Tinggi berhadapan dengan masalah interpretasi Perkara 12 fasal (3) dan fasal (4) Perlembagaan Persekutuan (In re Susie Teoh [1986] 2 MU 228. Fasal (3) memperuntukkan,
Tiada sesiapa pun boleh diwajibkan menerima ajaran-ajaran rnengenai apa-apa agama atau mengambil bahagian dalam apa-apa upacara atau sembahyang sesuatu agama yang lain daripada agamanya sendiri.

Sementara Perkara 12 fasal (4) menyebut, "Bagi maksud fasal (3), agama bagi seseorang yang berumur kurang daripada lapan belas tahun adalah ditetapkan oleh ibu bapa atau penjaganya . 

Dalam kes ini seorang gadis bukan Islam yang berumur 17 tahun telah diislamkan oleh seorang kadi tanpa kebenaran dan pengetahuan bapanya. Bapanya telah membawa tuntutan ke mahkamah memohon satu pengisytiharan bahawa penganutan itu tidak sah kerana menurut undang-undang dan perlembagaan seorang bapa dan penjaga berhak menentukan agama, pelajaran dan asuhan anaknya. Mahkamah merujuk kepada Perkara 11 dan 12 Perlembagaan Persekutuan. Mahkamah mengatakan bahawa dalam Perkara 11 fasal (1) perkataan tiap-tiap orang' merujuk kepada bahawa kebebasan beragama terpakai kepada semua orang tanpa mengira umur asalkan orang tersebut sempurna akal dan berupaya membuat keputusan. Semasa memeluk Islam gadis itu berumur 17 tahun 8 bulan dan pada rnasa itu beliau berupaya membuat keputusan sendiri untuk melaksanakan haknya di bawah perlembagaan untuk bebas mengamalkan agama pilihan beliau.

Mahkamah juga merujuk Perkara 12 fasal (3) dan fasal (4). Mahkamah menekankan kedua-dua fasal ini hendaklah dibaca bersama. Fasal (3) melarang seseorang diwajibkan menerima ajaran-ajaran, mengambil bahagian dalam apa-apa upacara atau sembahyang sesuatu agama lain. Sementara fasal (4) memperuntukkan bagi tujuan fasal (3), agama bagi seseorang yang berumur kurang daripada lapan belas tahun adalah ditetapkan oleh ibu bapa atau penjaganya. 

Mahkamah mengatakan bahawa daripada fakta kes dan keterangan yang diberi tiada apa yang menunjukkan bahawa gadis tersebut telah diwajibkan untuk menerima ajaran atau mengambil bahagian dalam apa-apa upacara atau sembahyang sesuatu agama selain agamanya sendiri. Perkara diwajibkan' mempunyai elemen paksaan tetapi dan keterangan langsung didapafi tiada wujud paksaan atau unsur-unsur sebegitu yang dikenakan terhadap gadis tersebut. 

Pihak menuntut menegaskan dengan menghendaki anak gadisnya melafazkan dua kalimah syahadah ialah satu perbuatan diwajibkan' seperti yang dilarang oleh fasal (3) Perkara 12. Mahkamah mengatakan bahawa ia kehendak upacara tersebut tetapi bukan satu syarat untuk mengambil bahagian dalam upacara itu. Tambahan lagi tiada sebarang bukti yang menunjukkan bahawa gadis tersebut dipaksa untuk memeluk Islam seperti yang dibuktikan dalam kenyataan bersumpah beliau yang mengatakan bahawa beliau memeluk Islam dengan rela hati tanpa dipaksa oleh mana-mana pihak. 

Mahkamah Agong dalam keputusan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi itu menolak penafsiran Mahkamah Tinggi tentang Perkara 12 fasal (3) dan (4). Mahkamah Agong menegaskan fasal (4) adalah nyata iaitu agama seseorang yang di bawah umur 18 tahun mesti ditetapkan oleh ibu bapa atau penjaganya. Namun kedudukan gadis itu tidak disentuh kerana beliau sekarang sudah pun berumur lebih 18 tahun dan telahpun memeluk Islam dengan sukarela. Dan adalah tidak adil untuk memberi keputusan sebaliknya. 

Dalam kes Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri lwn Jamaluddin bin Othman ([1989] 1 MU 398) responden telah ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) 1960 kerana dikatakan terlibat dalam satu rancangan untuk menyebarkan agama Kristian di kalangan orang-orang Melayu. Beliau dikatakan terlibat dalam khemah-khemah kerja dan seminar untuk tujuan tersebut. Beliau dikatakan juga telah berjaya mengkristiankan' enam orang Melayu. 

Beliau memohon untuk dibebaskan atas alasan Perkara II memberi hak menganuti dan mengamalkan agamanya. Mahkamah memutuskan bahawa Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri tidak mempunyai bidangkuasa memerintahkan penahanan responden di bawah ISA kerana Perkara II memastikan seseorang itu mempunyai kebebasan beragama. Rayuan telah dibuat ke Mahkaniah Agong. Mahkamah Agong menegaskan bahawa dengan hanya melibatkan diri dalam seininar dan khemah kerja tidak cukup untuk menjadikan seseorang itu satu ugutan kepada keselamatan negara dan ini di luar skop ISA. 

Akta Keselamatan Dalam Negeri diluluskan untuk menghalang serta menghapuskan elemen-elemen subversif dan perbuatan-perbuatan yang mengganggu ketenteraman awam serta keselamatan negara. Kes ini tidak termasuk dalam skop undang-undang itu, Mahkamah telah memerintahkan responden dibebaskan. Walau bagaimanapun HB Hasliim Yeop Sani menegaskan: 

Kebebasan beragama dan mengamalkan agama masing-masing mestilah tidak dijadikan satu kebenaran untuk melakukan perbuatan-perbuatan yang bertentangan dengan undang-undang atau melakukan perbuatan yang boleh memudaratkan atau mengancam keselamatan negara.
Mahkamah sepatutnya memberi penekanan yang lebih khusus kepada makna mengembangkan' agama lain di kalangan orang-orang Islam seperti yang dilarang oleh Perkara 11 fasal (4) terutama kepada interpretasi peruntukan-peruntukan Perkara 11 ini. 

Namun begitu oleh sebab isu utama ialah penahanan di bawah ISA, sama ada sah atau tidak maka persoalan yang boleh timbul di bawah Perkara 11 tidak menjadi begitu penting. Adalah diingatkan di sini bahawa jika kes ini berlaku di negeri-negeri lain yang mempunyai undang-undang khas melarang pengembangan dan penyebaran agama lain di kalangan orang-orang Islam, maka responden boleh dibicarakan kerana melanggar enakmen negeri.

Dalam satu keputusan yang agak baru iaitu Overseas Investment Pte. Ltd. lwn Anthony William 0’Brien Anor ([1988] 3 MLJ 332) kedudukan yang sewajarnya telah diberikan kepada prinsip Islam. Dalam kes ini O'Brien, yang telah memeluk agama Islam berhutang sejumlah besar wang dengan syarikat plaintif. Syarikat itu telah membuat permohonan untuk menuntut kembali jumlah wang itu dengan cara perintah tahan dan jual (writ of seizure and sale). Pihak berkuasa mahkamah telah merampas beberapa perabot rumah yang diduduki oleh O'Brien. Isteri O'Brien menuntut bahawa perabot-perabot tersebut adalah harta milik bersama semasa perkahwinan dan menuntut hak ke atas perabot-perabot itu. Isteri O'Brien telah berjaya mengemukakan beberapa resit pembelian dan akibatnya beberapa perabot telah dikembalikan. Beberapa perabot lain telah dijual dan isteri O'Brien telah merayu ke Mahkamah Tinggi memohon ganti rugi terhadap perabot-perabot yang telah dijual itu. Mahkamah Tinggi bersetuju bahawa beliau berhak atas dasar harta sepencarian dan memutuskan doktrin harta sepencarian dalam undang-undang Islam terpakai. 

Keputusan kes ini menunjukkan bahawa Mahkamah Sivil hersedia menggunakan prinsip undang-undang Islam bila kes itu menghendakinya dan sekirarsya bersesuaian. Namun begitu apa yang nyata ialah mahkamah masih lagi terikat dengan pendapat hakim-hakim Inggeris sebelum merdeka yang menganggap bahawa Islam hanyalah dalam hal nikah, cerai, harta pesaka dan wakaf sahaja. Satu pendekatan yang berlainan sepatutnya diambil untuk memberi tempat yang sepatutnya kepada Islam sebagai agama Persekutuan. 


Pindaan kepada Perkara 5 dan Perkara 121 Perlembagaan Persekutuan
Pindaan kepada Perkara 121 dan Perkara 5 memberi nafas baru khususnya kepada bidangkuasa Mahkamah Syariah. Perkara 121 fasal (1) menyatakan bahawa terdapat dua Mahkamah Tinggi yang mempunyai bidangkuasa yang selaras dan setaraf. Fasal (IA) telah ditambah kepada Perkara 121 dengan memperuntukkan, "Mahkamahmahkamah yang disebutkan dalam fasal (1) tidaklah boleh mempunyai bidangkuasa berkenaan dengan apa-apa perkara dalam bidangkuasa Mahkamah Syariah . 

Kesannya ialah apa jua yang di dalam bidangkuasa Mahkamah Syariah, Mahkamah Tinggi tidak boleh campur tangan seperti dalam soal harta pesaka, penjagaan kanak-kanak (hadanah) dan sebagainya. Namun begitu jika dilihat dengan lebih mendalam bidangkuasa Mahkamah Syariah sangatlah terhad. Ia hanya mempunyai bidangkuasa ke atas orang yang beragama Islam dan clalam perkara-perkara yang diperuntukkan dalam Jadual Kesembilan, Senarai II Perlembagaan Persekutuan.

Mahkamah Syariah dengan itu tidak mempunyai bidangkuasa ke atas pihak-pihak yang bertikai yang salah seorangnya bukan Islam. Misalnya, dalam soal hadanah jika ibunya seorang bukan Islam dan bapanya seorang Islam, perkara ini masih boleh dibawa ke Mahkamah Sivil dan diputuskan di situ. Dalam Akta Pembaharuan Undang-undang (Perkahwinan dan Penceraian) 1976, Mahkamah Sivil diberi kuasa untuk membenarkan perceraian jika pihak pada perkahwinan tersebut yang dijalankan bukan secara Islam, telah memeluk agama Islam dan pihak yang satu lagi yang tidak memeluk agama Islam boleh membawa petisyen ke mahkamah (lihat Ahmad Ibrahim 1989. "The Amendment to Article 121 of the Federal Constitution its effect of Adininistration of Islamic Law , [1989] 2 MU XVII. 

Apa yang tidak diperuntukkan oleh pindaan tahun 1988 itu ialah kenaikan taraf Mahkamah Syariah dalam bidangkuasa jenayah. Pada amnya Parlimen mempunyai bidangkuasa jenayah yang luas dibandingkan dengan Dewan Undangan Negeri kerana Dewan Undangan Negeri seperti yang dirujuk sebelum ini hanya berkuasa membuat undang-undang bagi menghukum kesalahan-kesalahan orang-orang Islam terhadap agama Islam kecuali apajua perkara yang telah diperuntukkan dalam senarai Persekutuan (Jadual Kesembilan Senarai I).
Dengan itu jika seorang lelaki dengan seorang perempuan ditangkap berkhalwat dan salah seorang daripadanya bukan Islam maka yang bukan Islam akan bebas danpada tuduhan.
Di bawah Akta Mahkamah-mahkamah Islam (Bidangkuasa Jenayah) 1965, pindaan 1984 bidangkuasa mahkamah hanya meliputi kesalahan-kesalahan yang membawa hukuman penjara tidak lebih 3 tahun, denda tidak lebih daripada RM5000.00, rotan yang tidak melebihi 6 kali atau kombinasi mana-mana daripada hukuman tersebut. 

Bidangkuasa ini terlalu kecil dibandingkan dengan kuasa Majistret kelas pertama yang boleh menghukum sehingga 10 tahun penjara, denda sehingga RM1O 000.00, rotan sehingga 12 kali atau mana-mana kombinasi hukuman di atas. 

Pindaan kepada Perkara 5, memberi pengiktirafan yang lebih tinggi kepada Mahkamah Syariah. Satu proviso baru telah dimasukkan ke dalam fasal (4) Perkana 5 untuk Mahkamah Syariah iaitu:

Dan dengan syarat selanjutnya bahawa dalam hal penangkapan bagi sesuatu kesalahan yang boleh dibicarakan oleh Mahkamah Syariah, sebutan-sebutan dalam fasal ini mengenai seorang Majistret hendaklah ditafsirkan sebagai termasuk sebutan-sebutan mengenai seorang hakim Mahkamah Syariah. 

Dengan pindaan ini seseorang yang melakukan kesalahan yang boleh dibicarakan di Mahkamah Syariah akan mendapat hak-hak yang sama yang diberi kepadanya sekiranya beliau dibicarakan di Mahkamah Majistret. Kesannya ialah jika beliau ditahan untuk tujuan ini beliau hendaklah dibawa ke hadapan bakim Mahkamah Syariah dalam masa 24 jam dan masa ditangkap tanpa kelengahan yang tidak munasabah. Jika ingin ditahan lebih lanjut lagi, kebenaran hakim Mahkamah Syariah hendaklah dipohon. Sekurang-kurangnya pindaan Perkara 5 menjadikan kuasa hakim Mahkamah Syariah setaraf dengan kuasa seorang Majistret.

Menurut Profesor Ahmad Ibrahim;
Pindaan kepada Perlembagaan Persekutuan ini telah memberi kuasa yang lebih luas dan memberi lebih kebebasan kepada Mahkamah Syariah dan adalah diharapkan kuasa-kuasa ini dijalankan dengan sempurna dan berlandaskan ajaran-ajaran al-Quran:
Terjemahan: Sesungguhnya Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan segala jenis amanah kepada ahlinya (yang layak menerimanya), dan apabila kamu menjalankan hukum di antara manusia, (Allah menyuruh) kamu menghukum dengan adil. Sesungguhnya Allah dengan (suruhan-Nya) itu memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepada kamu. Sesungguhnya Allah sentiasa mendengar lagi melihat.
(Surah An Nisa’: 58) 
Seterusnya Profesor Ahmad Ibrahim menyatakan;
Satu cara pendekatan lain kepada Perlembagaan Malaysia ialah dengan cara yang lebih positif iaitu dengan menerimanya dan mencuba sedaya upaya kita untuk mempertahankan prinsip-prinsip sebuah negara Islam. Penerimaan terhadap Perlembagaan Persekutuan dapat dicapai melalui perundingan dan kompromi yang dicapai oleh semua kaum di Malaysia. Kita seharusnya menghormati perjanjian yang berdasarkan persefahaman dan persahabatan di antara pelbagai kaum. Pada masa yang sama kita mesti cuba untuk memikirkan dan melakukan perkara yang positif supaya menjadikan perlembagaan dengan cara tertentu dapat mempertahankan prinsip-prinsip kerajaan Islam dengan mengambil kira hak-hak kepentingan semua kaum di Malaysia. (sila lihat Ahmad Ibrahim 1989. " The Princples of an Islamic Constitution and the Constitution of Malaysia:A Comparative Analysis . dlm. IIU Law Journal l:2 hlm. 3