Digital Clock with Islamic Ornament

Wednesday, January 16, 2013

Definisi Konsep

DEFINISI KONSEP


NUMERASI
TAHUN 1
TAHUN 2
TAHUN 3
Aplikasi
Mengenal mata wang Malaysia
hingga RM10
Mengenal mata wang Malaysia
hingga RM100
Mengenal mata wang Malaysia
hingga RM1000
Menyatakan bahagian dalam sehari
Menyatakan waktu dalam jam pada muka jam
analog
Menyatakan waktu dalam jam dan minit pada muka jam analog
Mengukur dan menyatakan ukur panjang objek dalam unit relatif
Mengukur dan menyatakan ukur panjang objek dalam unit yang betul
Mengukur dan menyatakan ukur panjang objek dalam unit yang betul (cm
sahaja)

MATLAMAT

“Memastikan semua murid Tahap 1 sekolah rendah berkeupayaan untuk menguasai asas literasi dan numerasi menjelang 2012 kecuali murid berkeperluan khas”

OBJEKTIF PROGRAM PENCAPAIAN LITERASI


Pada akhir Program Pencapaian Literasi murid akan dapat :

i. mengeja dan membunyikan suku kata terbuka dan tertutup;
ii. membaca dan menulis perkataan daripada suku kata tertutup;dan
iii. membaca dan menulis serta memahami ayat tunggal dan ayat majmuk yang mudah. dengan menggunakan kata hubung ‘dan’

OBJEKTIF PROGRAM PENCAPAIAN NUMERASI

Pada akhir Program Pencapaian Numerasi murid akan dapat :

i. membaca, menulis membilang dan menyusun nombor hingga 1000;
ii. membilang dua dua, lima lima dan sepuluh sepuluh dalam lingkungan 1000 bermula dari sebarang nombor;
iii. menyatakan fakta asas tambah, tolak, darab dan bahagi;
iv. mengaplikasikan pengetahuan operasi asas aritmetik dalam wang, menyatakan waktu dan menguku r dalam sentimeter.

KUMPULAN SASAR

Murid Tahap 1 yang berkeupayaan menguasai asas literasi dan numerasi kecuali murid berkeperluan khas yang mengikuti pendidikan di Sekolah Kebangsaan, Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina dan Tamil) dan Sekolah Agama Bantuan Kerajaan

STRATEGI PELAKSANAAN

Status

Wajib dilaksanakan di semua Sekolah Kebangsaan, Sekolah Jenis Bantuan Kerajaan (Cina dan Tamil) dan Sekolah Agama Bantuan Kerajaan

Jadual Waktu

1. Dilaksanakan dalam waktu Bahasa Malaysia dan Matematik mengikut peruntukan waktu 
    sedia ada.
2. Boleh menggunakan budi bicara pentadbir menjalankan program ini mengikut kesesuaian
    waktu dan kemudahan sekolah tanpa menjejaskan keberkesanan dan pencapaian matlamat
    program ini.

No comments:

Post a Comment