Digital Clock with Islamic Ornament

Tuesday, February 19, 2013

Penggunaan Enjin Pencari Bahan Bahasa Melayu



1.1 Menggunakan web, video, audio, dan imej
1.1.1 Menggunakan laman web.

Terdapat beberapa pembekal maklumat yang terdapat di internet seperti Yahoo, Google, MSN dan lain-lain. Yang selalu digunakan ialah Yahoo dan Google. Kesemua pembekal maklumat internet memberikan perkhidmatan yang hampir sama iaitu bahan yang berelemenkan audio, video, teks, dan grafik.

Untuk melayari internet dengan menggunakan pelayar tertentu, pengguna perlu menaipkan alamat internet. Selalunya, apabila pengguna mengklik ikon internet, maka pengguna akan dibawa terus ke halaman yang telah disetkan secara semula jadi. Contoh alamat pembekal maklumat internet:

www.yahoo.com
www.yahoo.co.uk
www.yahoo.com.my
www.google.com

Untuk mendapatkan bahan, taipkan nama bahan yang berkenaan di dalam kotak pencari dan kemudian klik pada Web search. Untuk mendapatkan bahan video, klik pada perkataan video dan kemudian klik di dalam kotak pencari bahan yang hendak diperolehi daripada internet. Bahan video boleh juga didapati daripada Youtube dengan menaipkan
www.youtube.com . Lihat contoh di bawah.
Taipkan video yang hendak digunakan di dalam kotak pencari. Setelah mendapatkan video yang diperlukan, anda perlu memuat turun video tersebut dengan menggunakan youtube downloader. Youtube down loader ini boleh dimuat turun secara percuma daripada internet. Setelah dimuat turun, gunakan youtube downloader ini untuk memuat turun bahan yang diperlukan

Kesemua bahan yang dimuat turun daripada internet, hendaklah disaring terlebih dahulu sebelum digunakan di dalam pengajaran Bahasa Melayu di bilik darjah. Guru perlu mengambil kira faktor agama, kepercayaan, adat resam, dan sensitiviti kaum sebelum menggunaan bahan yang diperoleh daripada internet.
Gunakan kotak pencari Yahoo! untuk mendapatkan bahan bunyi, teks, dan grafik. Simpan semua bahan berkenaan di dalam folder tajuk 1. Di dalam folder tajuk 1, buat folder audio, video, grafik, dan teks dan masukkan bahan yang berkenaan ke dalam folder yang berkaitan.
1.2 Menggunakan kata kunci, frasa yang sesuai untuk mendapatkan bahan pengajaran bahasa Melayu.
Untuk mendapatkan bahan daripada internet, anda harus menaipkan perkara yang hendak diperolehi ke dalam kotak pencari. Sila lihat contoh di bawah.

Setelah menaipkan perkara yang hendak diperolehi, sila klik Web search dan anda akan diberikan pilihan seperti yang berikut:
i. Anda akan diberikan pilihan yang di dalamnya mengandungi perkataan “resepi” + “masakan”. Ini menjadikan pilihan anda menjadi terlalu banyak.
ii. Anda boleh mengurangkan pilihan anda dengan menggunakan tanda “ “ seperti “resepi masakan”. Dengan berbuat begini, anda akan mengurangkan penyenaraian anda. 
iii. Setelah anda menemui apa yang diperlukan, anda perlu menyesuaikan isi kandungan yang berkenaan dengan hasil pembelajaran yang hendak dikuasai dalam sesuatu pengajaran. 

Pastikan anda sentiasa merujuk kepada sukatan pelajaran Bahasa Melayu untuk memastikan anda tidak terpesong daripada hasil pembelajaran yang telah dirancangkan melalui Rancangan Tahunan dan Rancangan Pengajaran Seminggu. Sila gunakan perkataan dan frasa yang tepat untuk mendapatkan bahan seperti yang anda perlukan.

1.3 Menyimpan bahan dalam bentuk fail internet dan katalog internet.
Bahan yang diperolehi daripada internet boleh disimpan dalam bentuk Alamat Internet dan katalog Internet. Sila lihat prosedur di bawah.

1.3.1 Alamat Internet

Untuk menympan bahan dengan menggunakan alamat internet, anda perlu mendapatkan halaman yang berkenaan terlebih dahulu. Lihat gambar rajah yang berikutnya.
Apabila telah menemui halaman yang berkaitan, sila klik kanan pada bahagian alamat tapak. Setelah diklik kanan, paparan arahan yang keluar dan sila klik copy.
Buka fail Word dan klik paste alamat tersebut ke atas fail yang berkenaan. Apabila ini dilakukan, alamat yang berkenaan akan dipindahkan ke dalam fail Word. 

1.3 Menyimpan bahan dalam bentuk fail internet dan katalog internet.
Bahan yang diperolehi daripada internet boleh disimpan dalam bentuk Alamat Internet dan katalog Internet. Sila lihat prosedur di bawah.

1.3.1 Alamat Internet
Untuk menympan bahan dengan menggunakan alamat internet, anda perlu mendapatkan halaman yang berkenaan terlebih dahulu. Lihat gambar rajah yang berikutnya.
Apabila telah menemui halaman yang berkaitan, sila klik kanan pada bahagian alamat tapak. Setelah diklik kanan, paparan arahan yang keluar dan sila klik copy
Buka fail Word dan klik paste alamat tersebut ke atas fail yang berkenaan. Apabila ini dilakukan, alamat yang berkenaan akan dipindahkan ke dalam fail Word.
Setelah itu, masukkan tajuk laman tadi. Sila buat berulang-ulang kali sehingga anda mahir melakukannya. Sebagai contoh, yang berikut diberikan beberapa contoh alamat internet yang telah diberikan.

Alamat Internet.

Menambah Nilai Buku
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0114&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_08.htm

Memperkasa Pantun Melayu
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0114&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_09.htm

Bergaya Dengan Teknologi Nano
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0113&pub=Utusan_Malaysia&sec=Megabait&pg=me_01.htm

Penglihatan Dan Keselamatan Jalan Raya
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0113&pub=Utusan_Malaysia&sec=Kesihatan&pg=kn_04.htm

Pantun Melayu
http://www.pnm.my/sirihpinang/sp-pantun-m.htm

1.3.2 Katalog Alamat Internet.
Katalog alamat internet mempunyai perbezaan daripada alamat internet kerana katalog alamat internet, mempunyai tajuk, alamat laman, dan sinopsis. Dengan menggunakan katalog alamat internet, anda dapat mengetahui isi kandungan laman berkenaan daripada sinopsis yang disertakan.
 

 Sila sediakan kotak seperti yang di bawah ini:
Tajuk

URL

Sinopsis


Untuk mendapatkan alamat laman, sila ikut prosedur yang telah dinyatakan di atas dan pindahkan ke dalam kotak seperti yang ditunjukkan di dalam contoh di bawah. Masukkkan tajuk, alamat laman, dan sinopsis. Sila lihat contoh yang berikutnya.

Katalog Alamat Internet
Tajuk
Peribahasa Melayu
URL
Sinopsis
Laman sesawang yang di keluarkan oleh Dewan Bahasa Dan Pustaka ini mengenai peribahasa Melayu yang di gunakan dalam sukatan pelajaran bagi sekolah menengah di Malaysia. Laman sesawang ini menyenaraikan semua peribahasa

Tajuk
Seni Tenun Melayu
URL
Sinopsis
Laman sesawang mengenai seni tenun Melayu yang terdapat di nusantara.

Tajuk
Tatabahasa Kata Nama
URL
Sinopsis
Laman sesawang mengenai kata nama dan menunjukkan jenis kata nama dan contoh penggunaan kata nama.

  

Monday, February 18, 2013

Tatacara penggunaan kata adjektif berkaitan perasaan

Perkataan sayang tergolong ke dalam sejumlah kata adjektif yang membawa konsep perasaan. Contoh lain, antaranya malu, marah, benci, berani, kasih, ragu, takut dan lain-lain lagi. 

Dalam bahasa Melayu, jika kata adjektif hendak diluaskan struktur unsurnya (konstituen) dengan menambahkan kata nama selepasnya, maka lazimnya, kata adjektif itu diikuti oleh kata sendi nama seperti 'akan', 'pada', 'kepada' dan seumpamanya. 

Perhatikan ayat-ayat contoh berikut ini:

1. (a) Penduduk di kampung itu sangat benci dengan perangai buruk pemuda itu.
    (b) Penduduk di kampung itu sangat benci akan perangai buruk pemuda itu.


2. (a) Anak muda kini suka akan hiburan bercorak muzik.
    (b) Anak muda kini suka pada hiburan bercorak muzik.

3. (a) Adik bongsu Kuswadi takut akan hantu.
    (b) Adik bongsu Kuswadi takut pada hantu.  

4. (a) Megawati amat sayang terhadap anak dan menantunya.
    (b) Megawati amat sayang akan anak dan menantunya.
    (c) Megawati amat sayang kepada anak dan menantunya.

Kata-kata adjektif dalam ayat (1) hingga (4) diikuti oleh kata sendi 'dengan', 'akan', 'pada' 'kepada' dan 'terhadap'. 

Ayat-ayat tersebut salah jikalau ayat-ayat itu tidak mengandungi kata sendi nama selepas kata adjektif kerana kata-kata adjektif itu merupakan kata adjektif yang memerlukan kata sendi nama selepasnya. 

Oleh yang demikian, salahlah jikalau ayat-ayat di atas ditulis begini:

1. (c) *Penduduk di kampung itu sangat bencikan perangai buruk pemuda itu..
2. (c) *Anak muda kini sukakan hiburan bercorak muzik.
3. (c) *Adik bongsu Kuswadi takutkan hantu.
4. (c) * Megawati amat sayangkan anak dan menantunya.

Lain pula halnya jikalau kata-kata adjektif itu dijadikan kata kerja dengan menambahkan imbuhan yang sesuai. 

Misalnya, sayang dijadikan menyayangi, benci menjadi membenci, suka menjadi menyukai dan menyukakan, kata adjektif takut menjadi menakuti dan menakutkan, dan kata adjektif rindu menjadi merindu, dan merindukan.

Bagi kata adjektif rindu, kadang-kadang orang tersilap dalam penggunaan bentuk rindu akan, merindu dan merindukan. 

Frasa rindu akan ialah frasa adjektif (kata adjektif + kata sendi), manakala merindu dan merindukan ialah kata kerja transitif. Daripada ketiga-tiga bentuk kata tersebut dapat dibinakan ayat-ayat seperti yang berikut:

5. Latifah rindu akan kekasihnya.
6. Sejak pemergian kekasihnya di perbatasan, sejak itulah dia merindu.
7. Rosnita merindukan kampung halamannya.

Frasa sendi rindu akan tidak boleh menjadi *rindukan seperti dalam ayat:
(9) *Pungguk rindukan bulan. 

Ayat ini salah kerana kata adjektif rindu tidak dapat menerima akhiran -kan (semua kata adjektif tidak boleh menerima akhiran -kan dalam bahasa Melayu melainkan jika hendak mengubah kelas katanya). Sebaliknya kata adjektif rindu itu perlu menerima kata sendi 'akan'.
Jikalau akhiran -kan hendak digunakan, maka perlulah kata adjektif rindu diubah menjadi kata kerja merindukan. Jadi ayat (9) itu betul jika kata rindukan menjadi merindukan seperti dalam ayat (10) Pungguk merindukan bulan.

Harus diingat juga, apabila kata adjektif disertai akhiran -kan, maka kata yang tadinya daripada golongan kata adjektif itu berubah kelasnya menjadi kata kerja pasif, dan hal ini akan melibatkan berlakunya hukum tentang bentuk ayat pasif pula. 

Misalnya, kata adjektif takut ditiadakan maka terbentuklah perkataan takutkan. Perkataan takutkan bukan kata kerja transitif, tetapi kata kerja pasif. 

Dengan kata kerja transitif menakutkan kita dapat membentuk ayat aktif transitif seperti:
(11) Saya menakutkan kanak-kanak itu.
dengan maksud 'menyebabkan' atau 'menjadikan' kanak-kanak itu takut.

Daripada ayat-ayat aktif ini sebagai ayat dasar, kita dapat membentuk ayat pasif songsang seperti yang berikut:
(11a) Saya takutkan kanak-kanak itu. 

Ayat (11a) ini berbeza dari segi semantik dengan ayat (12) di bawah
(12) Saya takut akan kanak-kanak itu. 

Makna ayat (11a) ialah bahawa 'kanak-kanak itu takut', sementara makna ayat (12) ialah bahawa 'saya dan bukan kanak-kanak itu yang takut'.

Perhatikan perbezaan ketiga-tiga ayat berikut ini:
(13) Saya gemarkan buah-buahan tempatan.
(13a) Saya gemar akan buah-buahan tempatan.
(13b) Saya menggemari buah-buahan tempatan.

Ayat (13) *Saya gemarkan buah-buahan tempatan, berbeza maknanya dengan ayat (13a) Saya gemar akan buah-buahan tempatan, atau (13c) Saya menggemari buah-buahan tempatan. Ayat (13) bermakna buah-buahan menjadi gemar oleh perbuatan saya, tetapi bukanlah saya gemar akan (menggemari) buah-buahan tempatan.

Demikianlah beberapa tatacara penggunaan kata adjektif bahasa Melayu yang betul. Penggunaan tatacara yang betul ini dapat membantu pengguna bahasa Melayu berbahasa persis.

Kedudukan Agama Islam di Malaysia



Kedudukan Islam Kukuh Dalam Perlembagaan Persekutuan

Published by AIDC 

Isu kedudukan Islam dan sifat sekular negara masih dibawa ke hadapan. Sesekali terfikir, apa sebenarnya tujuan pihak yang mahu meletakkan sifat sekular kepada negara? Saya tidak nampak jawapan lain, kecuali mahu menolak kedudukan dan peranan Islam pada negara ini.
Peruntukan Perlembagaan Persekutuan dengan jelas meletakkan Islam sebagai agama negara. Adalah amat tidak adil kepada Islam sekiranya ada pihak tertentu cuba melahirkan keraguan mengenai kedudukannya. Adalah amat tidak adil kepada Islam sekiranya ada pihak tertentu cuba melahirkan keraguan mengenai kedudukannya.
Sudah sekian lama masyarakat Tanah Melayu dan seterusnya Malaysia, berpegang kepada kedudukan Islam sebagai agama negara. Pegangan ini bukan sesuatu yang datang bergolek. Bukan juga turun dari langit. Bukan berlaku sewenang-wenang atau hanya omong kosong.
Pegangan ini diasaskan kepada prinsip tertanam jauh ke dalam tanah dan air bumi Malaysia ini. Ia sudah dibuktikan sejarah. Sudah terang juga Islam ditatahkan dalam dokumen undang-undang dan jelas terpahat dalam pelbagai amalan.

Kedatangan kuasa asing yang memperkenalkan undang-undang sekular tidak sedikit pun menghapuskan pegangan terhadap kedudukan Islam.

Oleh itu sebarang idea yang bercanggah dengan pegangan masyarakat umum tidak boleh dibiarkan melata. Ia idea yang salah; jelas bercanggah dengan pegangan umum yang disokong dengan pelbagai bukti. Sekiranya dibiarkan ia boleh membahayakan negara.


Islam agama bagi Persekutuan

Jelas dalam Perkara 3(1), Islam adalah agama bagi Persekutuan. Tiada sebarang sekatan atau syarat yang dikenakan ke atas Islam untuk menjadi agama negara. Sebaliknya, amalan agama lain itu diikat dengan formula aman dan damai. Menerusi Perkara 3(1) kita dapat lihat kedudukan itu secara tersurat dan bukannya difahami secara tersirat.

Kedudukan istimewa Islam dimaktubkan dalam Perlembagaan bukan dalam Perkara 3 saja. Kita juga dapat melihat peruntukan yang jelas mengenai kedudukan Islam dalam perkara 12(2) dan juga sumpah jawatan Yang di-Pertuan Agong.

Perkara 12(2) dengan jelas dan terperinci, menyebut mengenai keistimewaan yang diberikan kepada institusi pendidikan Islam, yang mana, fasal berkenaan dengan jelas menyebut: “Adalah sah bagi Persekutuan atau sesuatu Negeri menubuhkan atau menyenggarakan atau membantu dalam menubuhkan atau menyenggarakan institusi Islam atau mengadakan atau membantu dalam mengadakan ajaran dalam agama Islam dan melakukan apa-apa perbelanjaan seperti yang perlu bagi maksud itu”.

Sumpah jawatan Yang di-Pertuan Agong dalam Jadual Keempat Perlembagaan Persekutuan yang menggunakan lafaz wallahi, wabillahi, watallahi meletakkan tanggungjawab ke atas baginda untuk “… mengaku dengan sesungguh dan dengan sebenarnya memeliharakan pada setiap masa agama Islam”. Lafaz sumpah yang disebut itu sangat tinggi maksudnya dalam agama Islam.

Jika dilihat kepada pengisian Perlembagaan ini, di manakah mahu ditempatkan pendapat mengenai sifat sekular negara ini? Kalaulah dirujuk kepada keputusan Ketua Hakim (pada masa itu dikenali sebagai Lord President) Salleh Abas dalam kes Che Omar Che Soh, kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan adalah jelas.


Tak iktiraf sifat sekular
Apa dinyatakan dalam penghakiman itu ialah, undang-undang sekular yang wujud sebelum penubuhan Perlembagaan masih beroperasi dan masih menjadi undang-undang yang sah untuk diamalkan di negara ini. Tidak ada pernyataan dibuat dalam penghakiman berkenaan yang memberi atau mengiktiraf sifat sekular negara ini. Dalam ayat penghakimannya, disebut: “far from making such provision, Article 162, on the other hand, purposely preserves the continuity of secular law prior to the Constitution…”

Maksud saya di sini, mahkamah mengiktiraf kewujudan undang-undang sekular di negara ini. Kewujudan undang-undang sekular ini tidak menafikan Islam sebagai agama bagi negara ini, walaupun sudah memberi calitan negatif kepada kedudukan Islam sebagai agama bagi negara. Dalam kata lain, walaupun wujudnya undang-undang sekular, selagi Islam itu adalah agama negara, ini tidak menjadikan negara ini negara sekular – baik sekular jenis liberal atau sekular rigid. Sekularisme tidak pernah mendapat tempat di negara ini.

Jika benar kita menjunjung prinsip ketinggian Perlembagaan, sifat agama negara ini tidak harus dijadikan persoalan atau diragui lagi. Perlembagaan itu sendiri yang meletakkan Islam sebagai agama negara. Frasa Perlembagaan begitu jelas dan terperinci sekali.

Penulis ialah Profesor Madya Kulliyyah Undang-Undang Ahmad Ibrahim UIAM