Pendahuluan
Pada tahun 2000 Kementerian Pelajaran
Malaysia telah membuat semakan kurikulum kerana struktur dan kandungan kurikulum sedia
ada tidak memenuhi keperluan
sejagat, sebagaimana yang disarankan oleh UNESCO dalam “The Treasure Within”
Report to UNESCO of the International Commisioan on Education for the
Twenty-first Century Learning” ( 1995 ). Laporan ini menyatakan konsep
pembelajaran seumur hidup adalah syarat untuk memenuhi cabaran abad ke-21.
Oleh itu, Kementerian Pelajaran Malaysia telah
mengambil inisiatif dengan mewujudkan kemahiran bernilai tambah (KBT ) dalam
kurikulum sekolah rendah dan menengah untuk mencapai hasrat Kementerian Pelajaran
supaya kurikulum ini mampu memenuhi aspirasi negara. Kemahiran bernilai tambah terdiri daripada kemahiran
berfikir, kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi, kajian masa depan,
kemahiran belajar cara belajar,kecergasan pelbagai, pembelajaran konstruktivisme,
dan pembelajarn kontekstual.
Kemahiran bernilai tambah mengutamakan
pengalaman yang diperolehi oleh murid di bilik darjah lalu mengunakan
kemahiran yang diperolehi dalam situasi kehidupan murid serta dapat mengaplikasikannya
dalam dunia sebenar.
KEMAHIRAN BERNILAI TAMBAH DALAM PENGAJARAN BAHASA
MELAYU
Kemahiran bernilai tambah dalam
pengajaran Bahasa Melayu bertujuan memantapkan kebolehan berbahasa dan meningkatkan
perkembangan dan kebolehan pelajar dari segi kognitif, afektif, emotif dan
psikomotor pelajar.
Sehubungan dengan itu, penyerapan
kemahiran bernilai tambah mengambil kira aspek kesesuaian objektif dan
hasil pembelajaran. Selain daripada itu, bahan dan teknik untuk
pengajaran kemahiran bernilai tambah perlu diambil kira supaya proses pengajaran
difahami oleh murid. Guru juga perlu merancang peruntukan masa serta menyusun langkah pengajaran
untuk menyerapkan jenis kemahiran bernilai tambah supaya mencapai hasil
pembelajaran.Dalam kemahiran bernilai tambah juga mengambil kira aspek penilaian secara
formatif.
Sebelum memulakan proses pengajaran dan pembelajaran guru perlu menentukan objektif pengajaran dan pembelajaran, serta memikirkan jenis kemahiran bernilai tambah yang boleh diserapkan dan dihubungkaitkan dengan objektif . Selain itu,guru harus menentukan kemahiran bahasa yang dijadikan fokus, sama ada kemahiran mendengar dan bertutur, membaca atau menulis supaya aktiviti dan langkah pengajaran yang dirancang dapat dilaksanakan serta mencapai hasil pembelajaran. Langkah yang terancang untuk pengembangan kemahiran bernilai tambah perlu agar kemahiran ini dapat diserapkan kepada murid dengan berkesan.
Sebagai contoh, guru menetapkan objektif
pelajaran berdasarkan hasil pembelajaran di Tahun 3. Dalam hasil pembelajaran
ini fokus bahasa yang dipilih ialah kemahiran mendengar dan bertutur . Manakala objektif yang ingin dicapai ialah murid boleh
berbual tentang sesuatu perkara berkaitan kehidupan seharian dengan menggunakan
kata, ungkapan, ayat, sebutan, intonasi dan nada yang sesuai serta murid boleh
menggunakan kata panggilan yang sesuai mengikut situasi dalam perbualan.
Dalam objektif di atas beberapa aktiviti jenis kemahiran bernilai tambah boleh dihubungkaitkan dengan hasil pembelajaran . Di antaranya aktiviti mendengar rakaman dialog yang mengandungi kata panggilan formal, diikuti dengan latihan secara berpasangan, seterusnya murid boleh melakonkan semula kata bual yang didengar menggunakan kata panggilan yang betul dan secara tidak langsung dapat melatih kemahiran mendengar dan bertutur kepada murid.

Selain daripada itu, aktiviti mendengar
secara intensif dan latih tubi dalam bentuk soal jawab tentang bahan yang
didengar dapat menyerapkan kemahiran mendengar sebagai suatu aspek
kemahiran belajar.
Melalui teknik lakonan seperti berjumpa kawan lama dan keluarganya, murid boleh berlatih bertutur dan mendengar dengan menggunakan kata panggilan yang sesuai dalam situasi tertentu . Oleh itu, murid dapat mengasah kecerdasan interpersonal yang merupakan suatu kemahiran yang penting untuk perkembangan diri individu.
Selain daripada itu, latihan membuat rumusan tentang penggunaan kata panggilan bagi situasi formal dan tidak formal berdasarkan bahan yang didengar atau dibaca merupakan pengabungjalinan kemahiran membaca dan menulis .

Aktiviti ini
untuk menguji pengetahuan sedia ada murid. Oleh itu, murid boleh meningkatkan kemahiran membuat kesimpulan atau
rumusan yang merupakan kemahiran bernilai tambah yang merujuk kepada kemahiran
berfikir.
Pelbagai teknik lain yang lebih kreatif dalam pengajaran yang boleh diserapkan dengan menggunakan kemahiran bernilai tambah yang sesuai seperti kemahiran kontekstual. Walau bagaimanapun, kemahiran bernilai tambah perlu diolah secara terancang dalam langkah pengajaran supaya mencapai objektif pengajaran. Hasil pembelajaran yang menjadi fokus pengajaran harus disisipkan kemahiran bernilai tambah melalui proses yang berterusan, berulang-ulang dan kreatif supaya murid dapat menggunakannya dalam kehidupan seharian.

Penyerapan kemahiran bernilai tambah
dalam pengajaran dapat menjadikan ilmu yang dipelajari oleh murid dalam kelas lebih
bermakna dan releven dengan tuntutan kehidupan mereka pada masa hadapan.
Contoh pengajaran lain yang boleh dihubungkaitkan dengan kemahiran bernilai tambah ialah objektif yang memerlukan murid mengemukakan tiga inferens kesan pemakanan tidak seimbang ia merujuk kepada kemahiran masa depan.

Manakala
objektif mencatat lima maklumat penting berdasarkan maklumat yang didengar
merujuk kepada kemahiran mencatat nota yang terdapat dalam kemahiran belajar cara belajar.
Selain daripada itu, jika murid
menggunakan komputer untuk membuat peta minda bermakna murid tersebut telah memperolehi
kemahiran bernilai tambah yang merujuk kepada kemahiran teknologi
maklumat dan komunikasi.
Proses pengajaran yang menyerapkan kemahiran bernilai tambah memerlukan perancangan masa yang sesuai kerana ia selalunya bertindan dengan kemahiran yang lain seperti kemahiran berfikir dan kemahiran belajar cara belajar terutamanya untuk mata pelajaran Bahasa Melayu.

Contohnya, mengaplikasikan kemahiran
teknologi maklumat dan komunikasi memerlukan masa yang panjang untuk dipelajari oleh murid.
Oleh itu, jumlah masa yang diperuntukkan lebih
panjang berbanding dengan kemahiran yang tidak
menjurus kepada kemahiran bernilai tambah.
Selain daripada itu, penyerapan kemahiran
bernilai tambah dalam pengajaran memerlukan satu atau dua aktiviti . Contohnya melatih murid membaca secara imbasan indeks,
menukarkan maklumat teks kepada bentuk grafik atau mengajar cara membuat generalisasi.
Hal yang demikian, menuntut guru merancang masa, pengurusan kelas dan bahan
yang lebih efisien supaya pengajaran dapat dilaksanakan dengan berkesan.
Untuk melihat tahap penguasaan murid dalam kemahiran bernilai tambah, guru merujuk kepada hasil pembelajaran yang menjadi objektif dan fokus pengajaran melalui penilaian formatif yang dijalankan melalui aktiviti penyerapan kemahiran bernilai tambah. Contohnya, apabila seorang murid diminta melakonkan semula rakaman yang diperdengarkan. Penilaian bukan sahaja dibuat dari segi bahasa tetapi merujuk kepada ketepatan memilih kata dan kelancaran sebutan. Malah guru boleh meletakkan ukuran kreativiti dan penghayatan untuk menilai tahap kecerdasan kinestatik. Di sini jelas menunjukkan bahawa kemahiran bernilai tambah diintegrasikan dengan isi pelajaran teras iaitu hasil pembelajaran secara terancang pada waktu pengajaran. Bagi melaksanakan pengajaran demikian, guru harus bijak memilih dan menggunakan teknik pengajaran yang sesuai supaya kemahiran bahasa dan kemahiran bernilai tambah dapat dikuasai oleh murid.

Kesimpulan
Oleh itu, kemahiran bernilai tambah yang
diintegrasikan secara penyerapan dalam Kurikulum Bahasa Melayu yang
mengabungjalinkan hasil pembelajaran dengan kemahiran bahasa, tatabahasa dan kosa kata
menjadi prinsip asas dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu. Kemahiran bernilai tambah merupakan asas yang penting
untuk melahirkan murid yang bersedia untuk menghadapi kehidupan di dunia yang
sebenar. Wajarlah, kemahiran ini diserapkan dalam pengajaran khasnya mata
pelajaran Bahasa Melayu supaya murid dapat memahami dan menggunakannya di masa depan.
No comments:
Post a Comment