Digital Clock with Islamic Ornament

Thursday, January 17, 2013

Apa Maksud Program LINUS?

Akronim kepada perkataan LI (Literasi), NU (Numerasi) dan S (Screening – Saringan). Jadi maknanya Program Saringan Literasi dan Numerasi.

Program ini dirancang dan dibentuk sebagai penambahbaikan program sedia ada (KIA2M), memastikan semua murid Tahun 1 pada 2010menguasai asas membaca, menulis dan mengira pada akhir tahun 3 menjelang Tahun 2011.

National Key Result Areas (NKRA’s) KPM telah menyasarkan bahawa semua murid yang tidak mempunyai masalah pembelajaran berkeupayaan menguasai asas literasi dan numerasi selepas tiga tahun mengikut pendidikan rendah menjelang 2012. Program ini mula dilaksanakan pada tahun 2010 melibatkan murid Tahun 1 di sekolah rendah.

Bahagian Pembangunan Kurikulum (BPK) telah dipertanggunajawabkan untuk menerajui usaha mengatasi masalah literasi dan nemerasi di kalangan murid sekolah rendah.

Program LINUS – Numerasi: operasi asas matematik digubal khusus bagi menangani masalah yang dihadapi murid dalam menguasai kemahiran asa mengira serta memahami idea matimatik yang mudah dan mengaplikasikan pengetahuan serta kemahiran matematik dalam kehidupan harian.

Kandungan program telah dipilih dan disusun supaya dapat memberi pengalaman yang cukup kepada murid untuk membina asas yang kukuh dalam membuat pengiraan dan seterusnya membolehkan mereka mengikuti pembelajaran matematik dengan lebih bermakna dan berkesan.

RASIONAL PROGRAM LINUS

Masalah murid yang tidak mempunyai masalah pembelajaran yang masih belum menguasai kemahiran asas 3M dengan baik belum dapat diatasi sepenuhnya walaupun KPM telah melaksanakan pelbagai program pemulihan. Antaranya:

1. Program KIA2M untuk murid Tahun 1 yang mula dilaksanakan pada tahun 2006.
2. Program pemulihan untuk murid Tahun 2 dan 3 yang dikendalikan oleh guru pemulihan khas di sekolah masing-masing.
3. Program Pemulihan Asas Kemahiran Membaca, Menulis dan Mengira (PROTIM) untuk murid Tahap 2.
4. PROTIM selepas UPSR.

KPM berpendapat suatu pendekatan yang bersepadu perlu dilaksanakan supaya masalah literasi dan numerasi dapat dikesan dan dipulihkan seawal Tahap1. Perkara ini perlu diberi perhatian yang serius kerana murid yang tidak menguasai kemahiran asas 3M merupakan kumpulan yang berisiko keciciran dan berhadapan dengan kesukaran memenuhi keperluan melanjutkan pelajaran dan kerjaya.

STRATEGI PELAKSANAAN LINUS DI SEKOLAH

Program LINUS ini wajib dilaksanakan di semua SK, SJKC, SJKT dan SABK. Terdapat 3 peringkat saringan bagi setiap tahun, iaitu: Saringan 1 (Mac), Saringan 2 (Jun), Saringan 3 (September).

Semua murid Tahun 1 akan menduduki ujian LINUS Saringan 1 untuk menilai tahap penguasaan kemahiran asas mereka pada awal tahun setiap tahun. Program ini dikendalikan oleh guru BM, Matematik dan Pemulihan. Instrumen dibina dalam dwi bahasa iaitu BM-BI, BC-BI dan BT-BI.



DEFINISI LITERASI
 
Keupayaan untuk membaca, menulis dan memahami perkataan dan ayat serta mengaplikasikan pengetahuan tersebut dalam pembelajaran dan komunikasi harian.
KEMAHIRAN ASAS LITERASI



TAHUN 1 – Boleh membaca, menulis dan memahami minima 500 patah perkataan dan ayat mudah. TAHUN 2 – Boleh membaca, menulis dan memahami minima 800 patah perkataan dan ayat mudah menggunakan kata sendi. TAHUN 3 – Boleh membaca, menulis dan memahami minima 1000 patah perkataan dan ayat mudah dengan kata sendi dalam satu perenggan.


12 KONSTRUK YANG DIUKUR DALAM SARINGAN LITERASI

 
Konstruk 1 : Keupayaan membaca dan menulis huruf vokal dan konsonan.
Konstruk 2 : Keupayaan membaca dan menulis suku kata terbuka.
Konstruk 3 : Keupayaan membaca dan menulis perkataan suku kata terbuka.
Konstruk 4 : Keupayaan membaca dan menulis suku kata tertutup.
Konstruk 5 : Keupayaan membaca dan menulis perkataan suku kata tertutup.
Konstruk 6 : Keupayaan membaca dan menulis perkataan yang mengandungi suku kata tertutup ‘ng’.
Konstruk 7 : Keupayaan membaca dan menulis perkataan yang mengandungi diftong
Konstruk 8 : Keupayaan membaca dan menulis perkataan yang mengandungi vokal berganding.
Konstruk 9 : Keupayaan menulis perkataan yang mengandungi digraf dan konsonan bergabung.
Konstruk 10 : Keupayaan membaca dan menulis perkataan yang berimbuhan awalan dan akhiran.
Konstruk 11 : Keupayaan membaca dan menulis ayat mudah.
Konstruk 12 : Keupayaan membaca, memahami dan menulis ayat berdasarkan bahan rangsangan.


DEFINISI NUMERASI


Keupayaan untuk melakukan operasi asas matematik dan memahami idea matematik yang mudah serta mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran matematik dalam kehidupan harian. 
KEMAHIRAN ASAS NUMERASI


TAHUN 1

- Kemahiran : Membaca, menulis dan mengira mengikut turutan nombor hingga 50.

- Operasi asas : Faham fakta asas tambah dan tolak

- Aplikasi : Mengira wang hingga RM 10, memahami masa dan ukuran asas

TAHUN 2

- Kemahiran : Membaca, menulis dan mengira turutan nombor hingga 100

- Operasi asas : Faham fakta asas tambah, tolak, darab dan bahagi

-Aplikasi : Mengira wang hingga RM 50, memahami waktu dalam jam dan mengukur panjang/pendek objek

TAHUN 3

- Kemahiran : Membaca, menulis dan mengira mengikut turutan nombor hingga 1000.

- Operasi asas : Faham fakta asas tambah, tolak, darab dan bahagi

- Aplikasi : Mengira wang hingga RM 100, memahami waktu dalam jam dan minit serta mengukur objek dalam unit piawai

12 KONSTRUK YANG DIUKUR DALAM SARINGAN NUMERASI



Konstruk 1 : Keupayaan pra nombor dan mengenal angka


Konstruk 2 : Keupayaan membilang


Konstruk 3 : Keupayaan memahami nilai nombor

Konstruk 4 : Keupayaan membuat seriasi

Konstruk 5 : Keupayaan mengenal mata wang Malaysia

Konstruk 6 : Keupayaan menyatakan waktu

Konstruk 7 : Keupayaan mengendalikan operasi asas

Konstruk 8 : Keupayaan mengendalikan operasi asas melibatkan mata wang Malaysia

Konstruk 9 : Keupayaan mengukur panjang objek, jisim objek dan isipadu.

Konstruk 10 : Keupayaan menterjemah ayat biasa kepada ayat matematik dan sebaliknya

Konstruk 11 : Keupayaan mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran dalam kehidupan harian terhad kepada nombor bulat

Konstruk 12 : Keupayaan mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran dalam kehidupan harian melibatkan mata wang, masa dan ukuran panjang.

Kredit:
http://portallinus.ppdkualakangsar.edu.my/ 

15 comments:

  1. Assalamualaikum. Saya seorg ibu murid darjah 1. Baru2 ini anak saya dikehendaki utk membuat latihan dlm sebuah buku Linus modul 2 numerasi di sekolah. Adakah ini bermaksud anak saya mmg lemah dlm mata pelajarannya? Atau adakah semua murid thn 1 dikehendaki membuat latihan itu?

    ReplyDelete
  2. Anak saya telah gagal saringan linus ini pada tahun 1. Oleh itu telah diasingkan ke kelas LINUS pada tahun 1. Pada tahun 2 walaupun telah lulus saringan 1 LINUS anak masih diletakkan dalam kelas linus di bawah pemantauan. Hanya pada tahun 3, 2016 anak berada di kelas PERDANA. Kerugian paling besar apabila ada pengasingan kelas LINUS ini ialah anak banyak ketinggalan dalam pelajaran.
    Sepanjang penggalian ilmu tentang linus ini , saya berkenalan dgn guru penyelaras linus, hadiri bengkel linus, menjadi AJK PIBG & akhirnya menubuhkan FB LINUS IBUBAPA yg sekarang mempunyai ahli seramai 9,000 orang. Tujuannya memmberi kesedaran kepada ibubapa yg memiliki anak2 di pra sekolah tentang persediaan utk menguasai 4M - membaca , menulis, mengira & menaakul. Tujuan LINUS ialah utk pastikan murid kuasai 4M.

    ReplyDelete
  3. anak sy skrg berada di pra sekolah, Nampak gaya.... kena jd guru dirumah tuk ajar anak kuasai 3M... kalau x, kesian anak akn ketinggalan pabila dia dah masuk darjah 1 tahun depan..

    ReplyDelete
  4. anak sy skrg berada di pra sekolah, Nampak gaya.... kena jd guru dirumah tuk ajar anak kuasai 3M... kalau x, kesian anak akn ketinggalan pabila dia dah masuk darjah 1 tahun depan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul puan. Sebagai guru saya ucapkan terima kasih kerana keprihatinan puan.
      Anak anak perlu ada asas yang sangat kukuh..
      Bimbingan ibubapa di rumah sangat perlu. Zaman sekarang...pendidikan mesti bermula dari rumah. Di sekolah..guru akan mengukuhkan lagi pengetahuan sedia ada murid. Terima kasih

      Delete
  5. Salam. Anak saya sekarang di darjah 2 sekolah swasta bawah kerajaan negeri. Masih tidak dapat membaca dan mengira. Saya bercadang untuk tukarkan ke sekolah dibawah KPM. Adakah sudah terlewat?

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum ayie...apa khabar? Kak wahidah ni. tq atas perkongsian di atas.

    ReplyDelete
  7. Bukan senang nak ajar budak prasekolah di rumah kena paksa hafal huruf dan suku kata. Kena ada orang dewasa sebagai rujukan mereka

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul kata tuan, yg dewasa kena sama2 belajar di rumah dgn anak. pembelajaran skrg jauh beza dgn masa lalu. namun tak perlu paksa anak. sy percaya guru2 ada menyediakan persekitaran terbaik untuk belajar.

      Delete
  8. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  9. terima kasih atas perkongsian cikgu...

    ReplyDelete
  10. 1 hari cukup setakat ajar anak 1 muka surat membaca dan asas mengira 2 atau 3 soalan.
    ...

    ReplyDelete
  11. 1 hari cukup setakat ajar anak 1 muka surat membaca dan asas mengira 2 atau 3 soalan.
    ...

    ReplyDelete
  12. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete